Honda Civic 2 kuasa manusia - pelan pelan kayuh bro!

oleh Mohamad Hanif|
Idea mengayuh untuk memandu bukanlah satu perkara yang baharu, memandangkan sebelum ini terdapat beberapa cubaan serta model sebenar yang diperlihatkan menggunakan idea tersebut.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Namun, idea yang diketengahkan oleh saluran Youtube Life OD tampil unik dimana mereka menggunakan kuasa manusia yang sebetulnya untuk menggerakkan kereta ini menggunakan basikal tandem yang dikimpal pada atas ruang enjin!

Civic 2 HP (HP disini membawa maksud Human Power) ini tidak memiliki sebarang enjin, namun kotak gear asal telah dikekalkan.

Untuk menggerakkan kereta ini, pihak pembangun telah menghubungkan gear belakang basikal ini dengan transmisi kereta menggunakan tali sawat.

 


Namun bila mana dua orang bekerja keras mengayuh di luar, mereka memerlukan orang ketiga untuk duduk di dalam kereta dan membuat operasi penukaran gear, penukaran arah, serta brek jika diperlukan.

Jadi, berapa laju Civic yang dikuasakan oleh dua orang kayuhan manusia ini?

2 batu sejam atau 3 km/j, lebih perlahan jika dibandingkan dengan purata kelajuan orang berjalan kaki, namun mereka berupaya untuk memandu kereta ini dengan selamat menuju ke restoran makanan segera McDonald's.

Malah, idea Civic kayuhan manusia ini turut mendapat perhatian daripada pihak polis, sehinggakan mereka terpaksa berhenti ke tepi dan menjelaskan apa yang berlaku kepada pihak polis tersebut.

Video penuh boleh ditonton pada pautan di bawah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Barangan lain turut ditawarkan seperti tombol gear aluminium warna hitam dengan balutan kulit…
Berita Global
  Menambah gelojak jiwa adalah spesis terbaru untuk pelanggan Jepun iaitu Civic Type R Racing…
Berita Domestik
"Ekoran kejadian itu, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 28 tahun disyaki pemandu…