Honda City RS 2020 - Malaysia negara pertama terima trenkuasa i-MMD, 253 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Malaysia menjadi negara pertama yang menawarkan trenkuasa baharu intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) menerusi pelancaran model sedan segmen B terbaharu mereka, Honda City RS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Varian yang paling berkuasa dan lebih sporti ini dilengkapi dengan nadi 1.5 liter empat silinder sebaris dengan sistem i-MMD (atau nama lainnya e:HEV) yang sebelum ini hanya terdapat pada model-model yang lebih besar.

Selain penawaran kuasa yang lebih terus dan lancar, enjin dengan sistem i-MMD ini menawarkan daya kilas tertinggi di dalam kelasnya, iaitu 253 Nm di mana ia adalah setanding dengan kuasa yang dihasilkan oleh sedan segmen C dan D.

 

 

Penampilan luaran Honda City RS disumbangkan oleh ciri-ciri moden seperti lampu utama LED beserta lampu nyalaan siang LED, perumah cermin sisi berwarna hitam, spoiler lid belakang serta rim bersaiz 16 inci dengan layangan warna dua tona.

Rekaan gril hadapan juga berwarna hitam berkilat, dan dikemaskan dengan logo RS berwarna merah, sementara di bahagian belakang pula menampilkan logo yang serupa, diikuti dengan lambang e:HEV.

 


City RS juga membawakan ciri pertama yang terdapat pada sebuah sedan segmen B, iaitu ciri keselamatan Honda LaneWatch membolehkan pemandu memantau kawasan titik buta, serta ciri brek parkir elektrik (EPB) bagi menggantikan tuil parkir tradisional.

Selari dengan pengumuman pakej stimulus PENJANA oleh kerajaan Malaysia, Honda Malaysia kini menawarkan pakej baucar servis bernilai RM1,000 untuk setiap tempahan Honda City baharu menerusi program 'All-New City Special Early Booking Programme'.

 


Bermula hari ini, Honda Malaysia turut menjemput rakyat Malaysia untuk mengikuti jelajah Honda di seluruh negara untuk melihat dengan lebih dekat model terbaharu Honda City RS i-MMD.

Video pandang pertama boleh ditonton menerusi pautan di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tidak seperti pasaran Thailand yang menerima enjin 1.0 liter turbo tiga silinder sebaris itu, Honda…