Honda City Hatchback RS mendarat di Indonesia - enjin 1.5L DOHC 121 PS/145 Nm, pilihan transmisi manual tersedia!

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya negara jiran Indonesia terlebih dahulu menikmati kehadiran model Honda City hatchback menerusi pelancaran rasmi yang dibuat oleh PT Honda Prospect Motor.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hanya satu varian sahaja ditawarkan, iaitu Honda City Hatchback RS yang menampilkan rekaan yang sporti, serta nadi yang paling berkuasa di dalam kelasnya.

City Hatchback RS ini dipadankan dengan enjin 1.5 liter empat silinder sebaris i-VTEC DOHC yang menghasilkan 121 PS dan daya kilas maksimum 145 Nm, dipadankan dengan pilihan transmisi manual enam kelajuan atau CVT.

 


Penampilan luaran City Hatchback RS ini diserikan dengan lampu LED penuh, lampu nyalaan siang LED, lampu kabus LED, kombinasi lampu belakang LED, kemasan hitam berkilat pada gril hadapan, perumah cermin sisi, antena sirip jerung, serta rim aloi sporti bersaiz 16 inci.

Kemasan aerokit RS boleh didapati menerusi penampilan lower mesh gril pada bampar hadapan, serta bampar belakang dengan diffuser terbina dan telah duji sendiri oleh Honda R&D di Sakura, Jepun.

 


Sementara ruang kabin pula mendapat ciri seperti kluster meter yang sporti dengan aksen merah, skrin sesentuh Display Audio bersaiz 8 inci dengan sambungan kepada peranti pintar, lapan pembesar suara, sistem pendingin hawa automatik, serta kemasan balutan kulit dengan jahitan kontras merah pada roda stereng, dan tombol gear.

Sama seperti Honda Jazz terdahulu, City Hatchback RS ini turut didatangkan dengan fungsi ULTRA Seat yang mampu memaksimumkan penggunaan ruang belakang mengikut keperluan (Utility Mode, Tall Mode, Refresh Mode, dan Long Mode).

 


Ciri keselamatan yang dimuatkan pada City Hatchback RS ini merangkumi ABS, EBD, BA, Brake Override System, Bantuan Kestabilan Kenderaan, Bantuan Mula Mendaki, enam beg udara dan Lampu Isyarat Berhenti Kecemasan, sayangnya tiada ciri Honda SENSING diperlihatkan pada model ini.

Honda City Hatchback RS ini akan mula dijual pada April 2021, dan harga jualan akan diumumkan dalam masa terdekat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Domestik
Kini, jenama itu sedia untuk meluaskan kehadirannya di pasaran pemanduan sebelah kanan global…
Model Terbaharu
Berbekalkan teknologi canggih, reka bentuk dan prestasi luar biasa, BYD SEAL menjadi antaraa salah…