Honda City Hatchback kini dengan varian V-SENSING - dari RM91,709

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini memperkenalkan varian baharu bagi penawaran City Hatchback, iaitu Honda City 1.5V yang dilengkapi dengan ciri Honda SENSING (V-SENSING).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sama seperti sedan City V-SENSING yang dilancarkan sebelum ini, City Hatchback V-SENSING turut dilengkapi dengan ciri bantuan keselamatan termaju seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS), Amaran Pelanggaran Depan (FCW), Sistem Bantuan Pengekalan Lorong (LKAS), Mitigasi Keluar Jalan (RDM), Amaran Keluar Lorong (LDW) dan Bantuan Suluhan Tinggi Automatik (AHB).
 

City


Tidak ketinggalan, ciri Honda LaneWatch yang mampu mengurangkan risiko pelanggaran titik buta.

Kesemua ciri di atas melengkapi ciri keselamatan pasif yang ada seperti Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), ABS, EBD, Bantuan Brek, lampu berhenti kecemasan (ESS), Bantuan Mula Mendaki (HSA), amaran tali pinggang keledar serta enam beg udara.

Varian V-SENSING ini masih lagi didatangkan dengan nadi 1.5 liter DOHC i-VTEC yang menghasilkan 121 PS dan 145 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT.
 

City


Ciri lain yang ada pada varian V-SENSING ini termasuklah lampu utama LED, lampu DRL LED, lampu belakang LED, rim aloi bersaiz 16 inci, paparan Display Audio lapan inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, serta paparan meter TFT tujuh inci interaktif.

Harga jualan bermula dari RM91,708.51.
 

City


Menurut Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, untuk suku pertama tahun 2021, varian V-SENSING menyumbang  sebanyak 34 peratus kepada jumlah jualan keseluruhan City, menunjukkan trend positif untuk varian ini serta pengiktirafan umum kepada ciri keselamatan Honda SENSING.

"Kami kini teruja untuk memperkenalkan varian V-SENSING pada model City Hatchback, dan kami percaya kedua-dua varian sedan dan hatchback ini mampu memberikan tambah nilai kepada pelanggan kami, selain meninggikan aras dalam segmennya.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sama seperti keluaran sebelum ini, ia masih mengekalkan enjin 1.0 liter turbo dan juga versi hibrid…
Berita Domestik
  HMSB turut memberi kenyataan bahawa mereka juga berjaya menerima lebih 105,000 tempahan dari…
Berita Domestik
Kempen panggil semula ini merupakan salah satu daripada langkah keselamatan berjaga-jaga yang…