Honda City Hatchback 2022 - empat varian, bermula dari RM75,670

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia akhirnya secara rasmi melancarkan model hatchback segmen B terbaharu, Honda City Hatchback dengan empat varian termasuklah varian premium RS e:HEV.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Honda City Hatchback 2022 membawakan penggayaan yang sporti berkonsepkan 'Energetic Hatchback' yang aktif, bergaya dan versatil, sementara varian RS e:HEV pula lebih eksklusif dengan penggayaan yang lebih agresif, seperti kemasan hitam berkilat pada gril, perumah cermin sisi hitam, serta kemasan eksklusif.

Secara standard, kesemua varian mendapat unit lampu projektor halogen, lampu nyalaan siang DRL, lampu kombinasi LED belakang, rim bersaiz 15 inci serta enjin 1.5 liter i-VTEC DOHC yang mampu menghasilkan 121 PS dan 145 Nm dengan padanan transmisi CVT.
 

i-MMD


Sementara varian City e:HEV pula dijana dengan nadi 1.5L Sports intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) yang dipadankan dengan transmisi e-CVT, dan kuasa setinggi 109 PS dan daya kilas 253 Nm, tertinggi di dalam kelasnya.

Ruang kabin pula menampilkan skrin infotainmen Display Audio bersaiz lapan inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, tempat duduk balutan kulit untuk varian V dan brek tangan fizikal, sementara varian RS pula mendapat tambahan kelengkapan yang merangkumi upholsteri Ultrasuede dengan jahitan kontras merah pada tempat duduk, paparan TFT tujuh inci, brek parkir elektrik, serta corong pendingin hawa baris kedua.
 

City


Biarpun menggantikan peranan Jazz, Honda City Hatchback turut mengekalkan ciri praktikaliti ULTRA Seats dengan empat mod yang boleh dikonfigurasikan iaitu Utility, Tall, Long atau Refresh, sementara ruang kargo pula adalah sebesar 289 liter.

Secara standard, City Hatchback didatangkan dengan empat beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek, Amaran Berhenti Kecemasan, Bantuan Mula Mendaki dan cagak ISOFIX, sementara varian V pula mendapat sehingga enam beg udara, serta sokongan Honda LaneWatch.

Varian RS e:HEV pula mendapat kelengkapan Honda SENSING yang merangkumi:

  • Kawalan Jelajah Adaptif
  • Brek Mitigasi Pelanggaran
  • Amaran Pelanggaran Hadapan
  • Bantuan Pengekalan Lorong
  • Mitigasi Keluar Jalan
  • Amaran Keluar Lorong
  • Lampu Tinggi Automatik

 

City



Sama seperti Honda City Sedan RS e:HEV, versi hatchback RS e:HEV juga turut mendapat sokongan telematik pintar Honda CONNECT yang menawarkan komponen seperti Diagnostik Kenderaan, Aplikasi Jarak Jauh, Aplikasi Keselamatan, Pemantauan Kenderaan dan Perkhidmatan Sokonga.

Harga jualan bermula dari RM75,670 untuk varian S, RM83,080 untuk varian E dan RM87,860 untuk varian V. Sementara harga jualan varian RS e:HEV pula hanya akan dimumumkan pada awal tahun 2022.

Honda Malaysia menyasarkan penjualan sebanyak 1,000 unit City Hatchback sebulan.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Sejak diperkenalkan pada 2021, e:HEV RS untuk City Hatchback menyumbang 16 peratus kepada jumlah…
Model Terbaharu
City Hatchback kini kekal sebagai salah satu model hatchback terlaris dalam segmen Bukan Nasional…
Model Terbaharu
Sama seperti keluaran sebelum ini, ia masih mengekalkan enjin 1.0 liter turbo dan juga versi hibrid…