Honda City dan Jazz Hybrid terima lebih 1.2k tempahan dalam tempoh 2 bulan

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda City dan Jazz Hybrid terima lebih 1.2k tempahan dalam tempoh 2 bulan
Honda City dan Jazz Hybrid terima lebih 1.2k tempahan dalam tempoh 2 bulan
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada tahun ini Honda Malaysia telah melancarkan lima buah model yang kesemuanya mendapat sambutan menggalakkan. Angka lima bukan penamat memandangkan Honda Malaysia sudah pun membuka tempahan untuk Civic Type R.

Menariknya kelima-lima model itu menerima sambutan luar jangka. Terbaru City Sport Hybrid i-DCD dan Jazz Sport Hybrid i-DCD telah merekodkan jumlah tempahan sebanyak 1,200 unit setakat 30 September 2017.

Jumlah tersebut sudah pun melebihi sasaran yang diletakkan untuk dicapai dalam masa tiga bulan. Honda mensasarkan untuk menjual Jazz Sport Hybrid sebanyak 150 unit dan City Sport Hybrid sebanyak 250 unit sebulan.

 

Honda Jazz dan City Hybrid

 

Dari segi pecahan, City Sport Hybrid mendominasi 61 peratus tempahan dengan 53 peratus dari jumlah keseluruhan tempahan kedua-dua model hibrid ini dari kawasan tengah (Lembah Kelang).

Sehingga kini Honda Malaysia telah berjaya menjual lebih dari 500 unit City Sport Hybrid dan 330 unit Jazz Sport Hybrid. Rekod jualan tersebut melonjakkan Honda Malaysia sebagai peneraju dalam kenderaan hibrid berharga RM 200,000 ke bawah untuk dua bulan berturut-turut.  

Walaupun menerima permintaan luar jangka, Honda memberi jaminan bahawa tempoh penghantaran kedua-dua model ini mengambil masa satu ke dua bulan.

 

Honda Jazz Sport Hybrid

 

Kedua-dua Jazz dan City hibrid dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang dipadankan bersama transmisi tujuh kelajuan klac berkembar. Hasil gabungan Integrated High Power Motor, kuasa enjin mencecah 137 PS dan tork 170 Nm yang bersamaan dengan enjin bersesaran 1.8L.

Selain digerakkan enjin berkuasa petrol, kedua-dua model ini boleh bergerak dalam mod EV yang dapat membantu penjimatan minyak. IPU atau Intelligent Power Unit dibekalkan dengan bateri Lithium-Ion baharu yang lebih ringan tetapi mempunyai dua kali lebih kuasa berbanding bateri Nickel sebelum ini. 

Dari segi kelengkapan pula, kedua-dua City dan Jazz hibrid mempunyai spesifikasi sama dengan varian E (pertengahan) seterusnya menawarkan tanda harga yang menarik.

 

Honda Jazz Sport Hybrid

 

Ciri-ciri keselamatan juga tidak kurang hebat, kedua-dua model dilengkapi empat beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Brake Assist (BA), Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS), Multi-Angle Reverse Camera dan poin ISO Fix.

Honda City Sport Hybrid i-DCD dipasarkan pada harga (tanpa insurans) RM 89,200.00 manakala Jazz Sport Hybrid i-DCD pula berharga RM 84,880.00. Berpatutan untuk sebuah kereta yang canggih sebegini.

Penulis: Muhammad Md Tajudin 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Pada tahun 2014, Honda Malaysia telah menjadi perintis dalam memperkenalkan teknologi hibrid…
Telah Diuji
Sebut pasal kereta hibrid, rata-rata ramai yang terbayangkan kereta-kereta seperti Toyota Prius dan…
Uncategorized
Honda Malaysia hari ini telah meraikan penghantaran Honda City Sport Hybrid i-DCD kepada pelanggan…