Honda City baru - kenapa tak masuk yang turbo?

oleh HEZERI SAMSURI|
Honda Malaysia sudah memulakan kempen Honda City terbaharu mereka dan ramai yang tertanya kenapa ia menggunakan tren kuasa hibrid, bukan turbo seperti di Thailand.

City terbaharu dilancarkan November 2019 di Thailand dan hadir dengan enjin 1.0L 3-silinder turbo, menghasilkan 122 PS pada 5,500 RPM dan 173 Nm antara 2,000 - 4,500 RPM.

Honda City baharu untuk Malaysia pula bakal dilancarkan dan menggunakan enjin 1.5L hibrid i-MMD (intelligent Multi-Mode Drive).
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Ini ialah enjin baharu dan Malaysia ialah negara pertama yang bakal menerima enjin tersebut.

Menurut sumber-sumber Careta, enjin 1.0L turbo itu menepati keperluan pasaran Thailand kerana ia mendapat insentif "eco-car" fasa kedua dari kerajaan di sana.

Ia akan membenarkan Honda Thailand menerima insentif yang akan menurunkan cukai bagi City baharu itu sehingga 40,000 Baht.

Antara kelayakan untuk menerima insentif "eco car" fasa kedua ialah piawaian asap Euro 5, pengeluaran kadar CO2 di bawah paras 100g/km, penggunaan bahan api tidak melebihi 4.3L/100km dan penggunaan ABS/EBD/BA/VSA untuk semua varian.

 

 

Insentif untuk Malaysia pula adalah berbeza dan termaktub kepada penarafan kenderaan cekap tenaga (EEV).

Untuk kenderaan keluarga kecil seperti City, ia perlu mempunyai kadar penggunaan bahan api di bawah paras 6.5L/100km.

Tidak seperti Thailand, Malaysia belum ada lagi insentif untuk alatan keselamatan. Namun begitu, penarafan Asean NCAP banyak membantu dalam pemasaran sesebuah kenderaan.

Sumber Careta percaya bahawa Honda City dengan enjin hibrid akan menerima insentif pengurangan cukai yang lebih tinggi berbanding dengan enjin 1.0L turbo.

Dari segi tenaga pula, enjin  1.5L hibrid i-MMD itu pula memberikan kadar daya kilas sebanyak 253 Nm, jauh lebih tinggi dari enjin turbo itu.

Di bawah kita lihat perbandingan daya kilas Honda City 1.5L i-MMD baharu itu dengan beberapa model kenderaan yang lain.

 

 

Nampaknya enjin 1.5L hibrid baharu City ini jauh lebih bertenaga dari enjin 1.0L turbo dan di dalam keluarga Honda Malaysia sendiri, City baharu ini cuma kalah dengan Accord Turbo sahaja. Abang-abang dengan Civic 1.5L Turbo juga nampaknya kalah dalam kiraan daya kilas berbanding dengan City terbaharu itu.

Di bawah program pra-tempahan khas, Honda Malaysia menawarkan baucer servis bernilai RM1,000 untuk Honda City serba baharu.

Pelanggan yang berminat boleh melihat dengan lebih dekat City baharu ini menerusi jelajah di seluruh negara bermula 24 Ogos ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bagi meraikan kegembiraan berganda itu, syarikat menganjurkan majlis penyerahan kereta khas di…
Informasi
Pakej HiP dipertingkatkan ini menawarkan gabungan tiga faedah yang dipertingkatkan termasuk menunda…
Pelancaran Motosikal
Honda ADV350 dinadikan dengan enjin 4 lejang bersasaran 330cc, satu silinder, penyejuk cecair SOHC…