Honda City 2023 facelift, tempahan dibuka, pelancaran Q3 tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini membuka tempahan bagi model sedan segmen yang paling laris terjual, iaitu Honda City 2023 versi facelift.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan konsep 'The Best Gets Better', Honda City 2023 ini membawakan perubahan dari segi kosmetik terutama pada model City RS yang mendapat jeriji hadapan rekaan sarang lebah baharu, jeriji bawah baharu, diffuser belakang, skirt sisi, serta emblem RS baharu.

Bukan itu sahaja, City RS facelift turut diserikan dengan penampilan bampar depan dan belakang baharu, serta rim aloi dua tona bersaiz 16 inci rekaan baharu.
 

city


Dari segi ukuran, City e:HEV RS membawakan dimensi yang lebih panjang disebabkan oleh rekaan bampar itu tadi, dengan panjang 4,589 mm, lebar 1,748 mm dan tinggi 1,467 mm.

Tiada sebarang perubahan pada unit trenkuasa hibrid e:HEV, bermakna City e:HEV RS mengekalkan output kuasa 109 PS dan daya kilas 253 Nm yang menjadikannya sedan berkuasa di dalam kelasnya.

Kelengkapan keselamatan termaju Honda SENSING telah ditambah baik dengan dua ciri baharu, iaitu Bantuan Mengikut Kelajuan Rendah (LSF) dan Sistem Notifikasi Pergerakan Kenderaan Hadapan (LCDN).
 

City


Ciri lain yang terdapat pada Honda SENSING termasuklah Kawalan Jelajah Adaptif, Amaran Pelanggaran Hadapan, Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran, Sistem Bantuan Pengekalan Lorong, Mitigasi Keluar Jalan, Amaran Keluar Lorong dan Bantuan Suluhan Tinggi.

Sebarang info atau tempahan bagi sedan Honda City 2023 facelift boleh dibuat di menerusi laman web prebook.honda.com.my, atau dengan memuat turun aplikasi HondaTouch pada peranti pintar.

Honda City 2023 facelift bakal dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Hantar kereta untuk servis jarak 20,000km, dalam perjalanan balik nampak ikon suhu berkelip. Buka…
Berita Domestik
Jelasnya, pemeriksaan yang teliti terhadap keretanya telah dilakukan dan pihak Honda mendapati…
Berita Domestik
“Ayah menghantar kereta tersebut ke cawangan pusat kenderaan berkenaan untuk pemeriksaan. “Pihak…