Honda City 2023 facelift didedahkan sebelum pelancaran rasmi di India

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Semenjak generasi kelima Honda City dilancarkan pada tahun 2020, Honda telah memperkenalkan pelbagai variasi termasuk model popularnya iaitu City Hatchback.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baru-baru ini, satu hantaran video di Youtube oleh Kamal Yadav telah menunjukkan rupa jelas luaran dan dalaman bagi model Honda City 2023 facelift sebelum pelancaran rasminya di India pada 2 Mac ini.

Dalam video tersebut, kita boleh melihat hampir beberapa bahagian luarannya diberikan rekaan baharu yang lebih segar dan menarik terutama pada bahagian bumper depan dan belakang.

 

2

 

Pada bahagian depan City facelift itu, rekaan jeriji krom pada bahagian atas bumper kini lebih nipis, dimana ia ditambah dengan rekaan jeriji sarang lebah besar.

Jeriji pada bahagian bawah bumper juga kini kelihatan lebih besar bersama rekaan bersambung terus pada perumah lampu kabus, manakala rekaan lampu hadapan masih kelihatan sama.

Pada bahagian belakang pula, rekaan bumper kini didatangkan dengan reka bentuk lebih ringkas bersama tambahan diffuser dan reflektor yang kini direka melintang pada difuser serta tambahan lip spoiler pada bonet.

 

3

 

Pada bahagian dalaman, hampir keseluruhan rekaan kabin mengekalkan rupa yang sama kecuali pada bahagian roda stereng, dimana terdapat sedikit perubahan pada butang volume radio yang kini menggunakan butang jenis putar.

Untuk pasaran India, City generasi kelima ditawarkan dengan 2 pilihan enjin iaitu enjin petrol 1.5 liter i-VTEC dengan 119 HP dan 145 Nm, serta pilihan enjin turbodiesel i-DTEC dengan 98 HP dan 200 Nm.

Kedua-dua pilihan enjin itu didatangkan standard dengan transmisi manual 6 kelajuan dan hanya pilihan enjin i-VTECH ditawarkan dengan transmisi automatik CVT.

 

4

 

Namun disebabkan kerajaaan India bakal memperkenalkan undang-undang emisi baharu iaitu Real Driving Emissions (RDE) pada 1 April 2023, pilihan enjin diesel akan dihentikan.

Bagi menggantikan kehilangan enjin diesel tersebut, City facelift di pasaran India akan menerima trenkuasa hibrid e:HEV yang menghasilkan 126 HP dan 253 Nm.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Untuk model City 2023 sedan ini, ia membawakan beberapa perubahan bersifat kosmetik, serta…
Berita Global
Dari segi luaran, versi facelift 2023 itu didatangkan dengan sedikit perubahan, pada bahagian depan…