Honda City 2021: Nak pilih sedan atau hatchback?

oleh Mohamad Hanif|
Lengkap sudah ahli keluarga City dengan pelancaran versi hatchback sebagai pelengkap kepada model sedan City generasi kelima yang telah diperkenalkan pada penghujung tahun lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Harus diingat, pengenalan model City hatchback adalah sebagai model pengganti kepada Jazz generasi baharu yang kini dikhususkan untuk pasaran Jepun dan Eropah sahaja.

Namun, selain daripada perbezaan bentuk, apakah yang membezakan antara kedua-dua sedan dan hatchback City generasi baharu ini?
 

Dimensi


Secara asasnya, sedan Honda City generasi kelima memiliki dimensi 4,553 mm panjang, dan 1,748 mm lebar, 111 mm lebih panjang dan 54 mm lebih lebar.

Pun begitu, jarak antara roda masih lagi kekal pada ukuran 2,600 mm, dengan kapasiti kargo sebesar 519 liter, 17 liter kurang berbanding generasi terdahulu.

Untuk versi hatchback pula, ia membawakan dimensi 4,345 mm x 1,748 mm x 1,488 mm dengan jarak antara roda (untuk model Thailand) adalah sekitar 2,589 mm.

Ini bermakna, City hatchback memiliki ukuran yang lebih pendek, lebih tinggi, dan jarak antara roda yang lebih pendek berbanding kembar sedannya.
 

City vs Jazz


Malah, jika dibuat perbandingan, City Hatchback ini sebenarnya jauh lebih besar berbanding Jazz generasi baharu yang memiliki dimensi 3,995 mm x 1,694 mm x 1,539 mm dengan jarak antara roda 2,530 mm.

 

Lebih ruang!


Walaupun ukuran yang lebih pendek, ia tidak bermakna Honda City Hatchback tidak mempunyai ruang kargo yang lebih luas.

Ini kerana Honda mendakwa versi hatchback menawarkan ruang kaki yang lebih luas berbanding model sedan, dan ciri praktikaliti yang ada pada Honda Jazz turut dibawakan pada City Hatchback, iaitu Ultra Seats.
 

cargo space


Jadi, walaupun secara kasarnya hatchback memiliki ruang kargo yang sedikit kecil berbanding model sedan, namun dengan adanya Ultra Seats, Honda City Hatchback mampu menawarkan sehingga empat susunan yang berbeza - utility, long, tall, refresh - mengikut kesesuaian dan kehendak pengguna.

Salah satu ciri yang tidak ada pada model sedan.
 

Rekaan lampu belakang


Jika Honda City sedan membawakan rekaan lampu belakang yang menyerupai sebuah BMW 3-Series baharu, Honda City hatchback pula membawakan bentuk belakang seperti sebuah Mercedes-Benz A-Class, namun dengan rekaan grafik yang serupa.

Selain daripada tiga aspek yang diterangkan di atas, City sedan dan hatchback masing-masing membawakan spesifikasi yang serupa enjin tiga silinder sebaris turbo 1.0 liter turbo yang mampu menghasilkan 120 kuasa kuda dan 173 Nm daya kilas, dipadankan dengan transmisi CVT.

Harga jualan untuk Honda City hatchback di Thailand bermula dari 599,000 Baht (RM80,766) untuk model asas sehingga 749,000 Baht (RM101,011) untuk versi RS yang lebih sporti.

 


Bagaimana dengan pasaran Malaysia? Adakah kita bakal menerima City hatchback? Atau ramai yang masih menaruh harapan terhadap Jazz generasi baharu?

Berita Berkenaan

Informasi
Mungkin tidak ramai yang tahu, akan tetapi Honda City hatchback sebenarnya merupakan model…
Berita Global
Nampaknya, sedikit demi sedikit ia bakal menjadi kenyataan apabila laman media sosial semalam…