Honda City 2020 lulus cemerlang ujian Asean NCAP - 5 bintang

oleh HEZERI SAMSURI|
Honda City 2020, model paling baharu yang telah dilancarkan di Thailand telah lulus cemerlang ujian perlanggaran Asean-NCAP.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sedan mampu milik dari Honda itu mendapat mata keseluruhan 86.54 dan diberikan penarafan 5-bintang oleh badan bukan kerajaan tersebut.

Markah-markah mengikut kategori adalah seperti di bawah:

  • 44.83 untuk Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP)
  • 22.82 untuk Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP)
  • 18.89 untuk Alat Keselamatan Bantuan Teknologi (SATs)

Ujian dilakukan ke atas varian paling asas dengan kelengkapan standard. Honda City 2020 ini mempunyai empat beg udara, penggera pemakaian talipinggang keledar (SBR) untuk dua penumpang hadapan dan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) untuk semua varian.

 

 

Di Thailand, City ini juga hadir dengan Lampu Brek Kecemasan.

City ini akan dilancarkan di seluruh Asia Tenggara dan antara kelengkapan keselamatan lain yang akan diberikan ialah Alat Visual Titik Buta (BSV) sebagai tambahan opsyenal.

Menurut Ketua Pengarah MIROS dan pengerusi Asean NCAP, Dr Siti Zaharah Ishak, model City kali ini menunjukan peningkatan dari segi keselamatan walaupun dalam varian paling asas. 

"Penambahan ciri Lampu Brek Kecemasan sangat membantu dalam situasi kecemasan di mana ia membantu pemandu mengelak dari berlakunya pelanggaran," ujarnya.

 

 

"Peningkatan ini adalah hasil dari peningkatan cara pemarkahan mata diberi dalam ujian Asean NCAP. Ia membantu syarikat kenderaan untuk bersedia dalam menyediakan teknologi-teknologi keselamatan agar terus dimasukkan ke dalam produk mereka semasa tempoh perancangan lagi.

Honda contohnya menjadikan alat-alat keselamatan ini sebagai alatan standard dan ini adalah berfaedah untuk pengguna," ujar Setiausaha Agung ASEAN NCAP, Profesor Dr Khairil Anwar Abu Kassim.

 

 

Ujian perlanggaran City 2020 dilakukan di salah satu makmal ujian yang diiktiraf oleh Asean-NCAP, iaitu di JARI, Jepun.

Varian yang digunakan ialah Honda City SV sedan dengan enjin 1.0L turbo yang dibina di Thailand dalam tahun 2020 untuk pasaran Thailand.

Tahniah Honda dan kami tak sabar untuk model ini dilancarkan di Malaysia! 

Di bawah ialah video penuh ujian tersebut. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…