Honda City 2020 - dijangka muncul November ini, enjin 1.0 liter turbo!

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum tahun 2019 melabuhkan tirainya dalam masa kira-kira dua bulan lagi, Honda bakal memberikan kejutan kepada dunia menerusi pengenalan generasi baharu sedan segmen B Honda City.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ketika ini, generasi keenam GM6 Honda City sudah pun berada di pasaran semenjak tahun 2014 lagi dan sudah pasti sedan ini telah sampai kemuncak usia kitaran sesebuah model. 

Apa yang menarik, menerusi laporan daripada rakan media negara jiran Headlightmag, Honda Thailand dikatakan bakal memecahkan pasaran City sedia ada kepada dua kumpulan yang berbeza. 

Menerusi pengenalan peraturan ECO Car Phase II, kesemua kenderaan dibawah kumpulan ini perlulah memiliki spesifikasi berikut:

  • Piawaian emisi Euro 5
  • Emisi CO2 tidak melebihi 100g/km
  • Penggunaan bahan api tidak kurang dari 23.25 km/liter (4.3 liter/100 km)
  • Wajib dipasang ABS, EBD, VSA dan Bantuan Brek sebagai ciri standard
  • Tidak melebihi kapasiti enjin 1,300 cc untuk petrol dan 1,500 cc untuk diesel
     


Jadi, strategi yang berjaya digunakan oleh Mazda menerusi model Mazda2 ini mahu digunakan sepenuhnya oleh Honda Thailand menerusi model City. 

Untuk memastikan City dikelompokkan di dalam kumpulan ECO Car Phase II, Honda akan memasang enjin tiga silinder sebaris 1.0 liter turbo VTEC yang mampu menjana 120 PS dan 200 Nm. 

Enjin kecil ini akan digandingkan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan atau CVT. 

Manakala varian City biasa akan didatangkan dengan enjin empat silinder 1.5 liter Hybrid i-MMD (Intelligent Multi-Mode Drive) menggantikan sistem i-DCD sedia ada. 

Memandangkan ia masih lagi didalam fasa pembangunan, data teknikal masih belum diperoleh untuk tatapan anda semua. 
 


Difahamkan Honda City serba baharu ini bakal menampilkan elemen rekaan berdasarkan Honda Insight seperti lampu utama yang lebih nipis, gril Solid Wing serta lampu belakang ala-ala BMW 3 Series. 

Manakala ruang dalaman pula tidak akan lari daripada Honda Jazz baharu yang juga bakal diperkenalkan tidak lama lagi di Jepun. 

Menurut Headlightmag, pelancaran rasmi Honda City baharu akan mengambil tempat di Thailand pada November ini. 

Sumber: Headlightmag

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Pakej KURO berharga RM8,000 itu merangkumi kit aero yang dibangunkan oleh TOMEI Jepun, terdiri…
Informasi
Bukan itu sahaja, sejak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2003, ia kekal menjadi sedan…
Berita Global
Namun begitu, Kia memutuskan untuk menggunakan nama Kia K3 untuk sedan segmen B yang baharu sahaja…