Honda CBR650R dilancarkan di India, lebih ringan dan berkuasa!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda CBR 650R EICMA
Honda CBR 650R EICMA
Mula pertama kali dipertontonkan di EICMA 2018, Honda CBR650R kini dilancarkan di India. Motosikal mid-weight (pertengahan) ini adalah gantian kepada CBR650F.

Dari segi reka bentuk model baharu ini mengambil gayaan daripada Fireblade Super Sports. Bahagian sisi nampak sama dengan model terdahulu tetapi ia sebenarnya berbeza. Fairing lebih kecil manakala tangki pula sedikt lonjong ke depan.

Lampu depan adalah jenis LED dengan bentuk lebih tipis ala Fireblade manakala meter digital pula lebih besar dan jelas berbanding model terdahulu.

CBR650R dilengkapi enjin 649 cc sejukan cecair empat silinder DOHC berkuasa 95 hp pada 12,000 rpm. Daya kilas pula 64 Nm pada 8,000 rpm. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda CBR 650R

Kedua-dua output itu lebih tinggi berbanding CBR650F iaitu 85.4 hp pada 11,000 rpm dan tork 64 Nm pada 8,500 rpm. Sesaran enjin CBR650F juga sedikit kecil iaitu 648.72 cc.

CBR650R juga dilengkapi teknologi terkini seperti Assist/Slipper Clutch bagi menukar gear dengan lebih lancar manakala Honda Selectable Torque Control (HSTC) berfungsi mengawal cengkaman tayar belakang dan ia boleh dipadam mengikut pilihan penunggang.

Satu lagi keistimewaan pada CBR650R ialah berat yang lebih ringan berbanding model terdahulu. Di antara faktor penyumbang ialah chasis yang 6kg lebih ringan seterusnya lebih lincah untuk dipandu.

Suspensi depan pula menggunakan USD Showa 41 mm dengan Separate Fork Function (SFF) menggantikan suspensi teleskopik pada model terdahulu.

Honda CBR 650R

Dari segi brek, model baharu ini menggunakan dual channel ABS dengan cakera berkembar depan berukuran 310 mm dan cakera 240 mm tunggal di belakang.

Honda Motorcycle & Scooter India Pvt. Ltd. menawarkan CBR650R dalam dua warna iaitu Grand Prix Red dan Gunpowder Black Metallic.

Harga? Masih belum didedahkan secara rasmi dan diangarkan di bawah IDR 8 lakhs (RM 45,775). 

Untuk perbandingan, Honda CBR650F dijual pada harga RM 44,449.

*IDR 100,000 = RM 5721.87

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Honda CBR650R di EICMA 2018
                                                          Honda CBR650R di EICMA 2018

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…