Honda CBR250RR dilancarkan di Thailand - unit CBU dari Jepun, harga dari RM32 ribu

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Boleh dikatakan para penunggang motosikal di Malaysia tidak mempunyai banyak pilihan terutama dalam segmen suku liter berprestasi tinggi (250 cc), tidak seperti negara jiran kita Indonesia. 

Terbaharu, negara Gajah Putih Thailand baharu sahaja meraikan pelancaran motosikal suku liter terbaharu, Honda CBR250RR menerusi acara Bangkok International Motor Show 2019. 

Ia merupakan unit CBU yang dibawakan secara terus dari Jepun dengan harga jualan yang cukup tinggi, iatu sekitar 249,000 baht (RM32 ribu). 
 


Motosikal supersport ini sebenarnya dibina di Indonesia oleh Astra Honda Motor, dengan enjin dua silinder sebaris berkuasa 38.1 hp @ 12,100 rpm dengan daya kilas 23.2 Nm pada putaran enjin 11,000 rpm. 

Kuasa tersebut disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi manual enam nisbah kelajuan. 
 


Menariknya, model CBR250RR ini turut membawakan pelbagai teknologi yang digunakan pada jentera RC213V MotoGP seperti throttle-by-wire, tiga mod tunggangan (Comfort, Sport dan Sport+) serta rekaan enjin yang lebih kompak berbanding pesaingnya. 

Membantu pengendalian yang cemerlang ialah penggunaan suspensi hadapan USD, suspensi monoshock Pro-Link Honda serta lengan ayun aluminium. 
 


Thailand kini merupakan negara ketiga yang menerima unit Honda CBR250RR selepas Indonesia dan Jepun.

Sumber gambar: MotoRival 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Model 2022 menerima reraut (fairing) dan ekor baharu yang menyerlahkan lagi karakter ala…
Berita Global
Versi facelift yang dilancarkan ini membawakan beberapa perubahan, seperti contoh reka bentuk yang…
Pelancaran Motosikal
Penawaran warna baharu ini dilihat menguatkan lagi karakter Honda CBR250RR yang membawakan DNA…