Honda CBR250RR 2025, grafik ala 90-an, daripada RM26 ribu

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda CBR250RR
Honda CBR250RR
Tempoh penawaran Honda CBR250RR berjaya membuatkan peminat tempatan menanti-nanti.

Dilancar pada 2016, motosikal ini memasuki pasaran tempatan pada 2020. Lewat tetapi didatangkan dalam versi yang dipertingkat dengan enjin lebih berkuasa.

Honda sekali lagi mempertingkatkan CBR250RR pada 2022 dan tiba di pasaran pada 2024.

Meskipun sudah berusia dan dengan perubahan rekaan, CBR250RR tampil menawan dan mudah mencairkan jiwa.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025
Honda CBR250RR (Matte Bullet Silver) 2025

 

Terbaru Honda memperkenal CBR250RR 2025 untuk pasaran Jepun. Model 2025 hanya melibatkan warna baharu dan perkakasan lain kekal. 

Bukan sekadar warna, Honda bermain dengan skema warna putih ala CBR250RR 1994. 

Selain Pearl Glare White, sebuah lagi warna iaitu Matte Bullet Silver turut menarik perhatian.

Warna trico Grand Prix Red pula seperti biasa melambangkan identiti Honda.

 

Honda CBR250RR (Pearl Glare White) 2025

 

Enjin MC51E 249 cc, DOHC, dua silinder sebaris menghasilkan 42 ps pada 13,500 rpm dan 25Nm pada 10,750 rpm. Tangki minyak boleh membawa 14 liter petrol.

Kepada yang ternyata sama ada CBR250RR sesuai atau tidak dari segi fizikal, tinggi pelana adalah 790 milimeter (mm) dan jarak kelegaan bumi 148 mm.

Turut membantu sistem cekam bantuan (Assist & Slipper Clutch) yang mengurangkan beban semasa menarik tuil.

Fungsi slipper mengurangkan loncatan roda belakang akibat pembrekan enjin secara mendadak apabila menurunkan gear. Penukar cepat ditawarkan sebagai pilihan.

 

Honda CBR250RR (Matte Bullet Silver)

 

Penunggang boleh mengunakan tiga Mod Tunggangan mengikut keperluan.

Sport + untuk pecutan berkuasa, Sport bagi tunggangan sporti dan Comfort buat penunggang yang mahukan sesi santai.

Sistem Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) menghidupkan lampu isyarat kecemasan semasa membrek secara mengejut.

CBR250RR Pearl Glare White dan Grand Prix Red masing-masing dijual pada harga 940,500 yen (RM27,853) dan 902,000 yen (RM26,721),

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Honda CBR250RR kekal menggunakan enjin dua silinder 250cc lapan injap, penyejuk cecair, DOHC dengan…
Berita Global
  Model 2022 menerima reraut (fairing) dan ekor baharu yang menyerlahkan lagi karakter ala…
Berita Global
Versi facelift yang dilancarkan ini membawakan beberapa perubahan, seperti contoh reka bentuk yang…