Honda CBR150R 2020 facelift untuk pasaran Indonesia - bermula dari RM10k

oleh Mohamad Hanif|
Negara jiran kita, Indonesia baharu sahaja melancarkan model facelift untuk motosikal sports aras mula Honda CBR150R, lengkap dengan penggayaan dan warna baharu untuk tahun 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Warna baharu untuk versi facelift ini adalah Dominator Matte Black di mana ia menggayakan warna yang cukup gelap dan diselangi dengan logo CBR150R berwarna merah. 

Pilihan warna matte black ini turut ditampilkan dengan konsep Street Sport dan juga varian Victory Black Red yang membawakan konsep Racing Look. 

 


Ternyata Honda CBR150R ini dikuasai garis-garis tajam yang menyerlahkan lagi imej sporty jentera sports aras mula ini. 

Antara ciri moden yang ada pada Honda CBR150R ini termasuklah sistem lampu LED sepenuhnya, panel meter digital, serta sistem suspensi mudah laras dengan lima tetapan yang berbeza untuk disesuaikan dengan tunggangan seharian.
 


Nadi kuasa pula masih kekal dengan enjin bersesaran 150 cc DOHC berkuasa 16.8 kuasa kuda dan 14.4 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi klac manual enam nisbah kelajuan. 

Harga jualan pula adalah seperti berikut: 

Honda CBR150R Matte Black - Rp 34.934.000 (RM10,280)
Honda CBR150R Victory Black Red - Rp 34.934.000 (RM10,280)
Honda CBR150R Victory Black Red ABS - Rp 38.934.000 (RM11,460)
Honda CBR150R Dominator Matte Black - Rp 35.633.000 (RM10,485)
Honda CBR150R Dominator Matte Black ABS -  Rp 39.633.000 (RM11,660)
Honda CBR150R MotoGP Edition ABS - Rp 39.834.000 (RM11,721)

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Honda CBR150R 2023 dalam warna baharu itu akan tersedia di semua pengedar sah Honda bermula 22 Jun…
Berita Domestik
Seperti nama yang tertera, Honda CBR150R Edisi Repsol ini didatangkan dengan liveri Repsol ikonik…
Pelancaran Motosikal
Honda CBR150R merupakan model reraup penuh yang menampilkan karakter perlumbaan, serta menampilkan…