Honda CBR1000RR-R Fireblade SP rasmi dijual di Malaysia - dari RM198,888!

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda baru-baru ini telah melancarkan tiga model bertaraf mercu sekaligus dalam satu acara yang berlangsung di ibu negara siang tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tiga model tersebut adalah Honda CBR1000RR-R, Honda GL1800 Gold Wing dan Honda CRF1100L Africa Twin 2020.


Honda CBR1000RR-R Fireblade SP


Telah pun diperlihatkan buat kali pertama pada tahun lalu, Honda CBR1000RR-R merupakan jentera yang memfokuskan kepada tunggangan di dalam litar dan dibangunkan berdasarkan jentera lumba RC213V-S. 

Nadi empat silinder sebaris 1,000 cc merupakan enjin serba baharu yang mampu menjana 213 kuasa kuda dan 112.7 Nm daya kilas pada putaran enjin 12,500 rpm itu digandingkan dengan transmisi manual enam kelajuan. 
 


Honda CBR1000RR-R ini menampilkan penggunaan suspensi fork hadapan Ohlins NPX 43 mm di hadapan dan Ohlins TTX36 Smart-EC dan dikawal oleh sistem semi aktif Ohlins Electronic Control generasi kedua (S-EC). 

Kuasa pemberhentian jentera ini diserahkan kepada sistem brek Brembo Stylema empat omboh dengan cakera 330 mm yang kini 10 mm lebih besar dan 5 mm lebih tebal. 
 


Manakala angkup brek belakang menggunakan unit Brembo yang sama digunakan pada jentera RCV213V-S. 

Mod tunggangan didatangkan dalam dua pilihan, iaitu SPORT untuk tunggangan berprestasi di jalan raya, dan TRACK untuk tunggangan di litar berkelajuan tinggi. 

Ditawarkan dalam warna tunggal Grand Prix, harga jualan bermula dari RM198,888.00 atas jalan tanpa insurans, cukai jalan dan pendaftaran. 
 

Honda GL1800 Gold Wing


Dikuasakan oleh nadi flat-six enam silinder yang mampu menghasilkan 125 kuasa kuda dan daya kilas 170 Nm, Honda Gold Wing ini didatangkan dengan transmisi klac berkembar DCT yang mampu meningkatkan tahap pengendalian ketika kelajuan rendah. 

Terdapat empat mod tunggangan ditawarkan iaitu Tour, Sport, Econ dan Rain terima kasih kepada penggunaan Throttle By Wire (TBW) dan dibantu dengan ciri Honda Selectable Torque Control (HSTC) bagi mengekalkan kadar cengkaman roda belakang. 
 


Sistem suspensi menggunakan jenis double wishbone di hadapan dan lengan Pro-Arm dan boleh dilaraskan mengikut mod tunggangan yang disebutkan tadi untuk keselesaan dan keperluan tunggangan semasa. 

Sebagai sebuah motosikal touring, Honda Gold Wing menawarkan ruang barangan yang mencukupi menerusi top box yang mampu menampung dua buah helmet saiz penuh serta dua kotak sisi. 
 


Skrin paparan bersaiz 7 inci TFT berwarna penuh itu selain daripada memaparkan bacaan informasi berguna, ia turut menawarkan sambungan kepada Apple CarPlay. 

Ditawarkan dalam warna tunggal Pearl Glare White, Honda GL1800 Gold Wing 2020 dijual pada harga bermula dari RM208,800.00. 

 

Honda CRF1100L Africa Twin dan Honda Africa Twin Adventure Sports


Entah kenapa, Honda CRF1100L Africa Twin pantas pula membuat kemunculan di Malaysia setelah beberapa bulan pelancaran rasminya pada September 2019. 

Motosikal kembaran ini ditawarkan dalam dua varian, iaitu CRF1100L Africa Twin dan CRF1100L Africa Twin Adventure Sports. 
 


Honda CRF1100L Africa Twin didatangkan dengan nadi kuasa baharu parallel twin 1,084 cc yang menghasilkan 101 kuasa kuda dan 105 Nm daya kilas, sekaligus menjanjikan 7 peratus lebih kuasa, dan 6 peratus lebih daya kilas.

Ciri Inertial Measurement Unit enam paksi (IMU) dilengkapkan pada Africa Twin selain daripada Honda Selectable Torque Control (HSTC) tujuh peringkat, Wheelie Control, Cornering ABS, Rear Lift Control dan ciri pengesan DCT Cornering.
 


Empat mod tunggangan yang boleh dipilih termasuklah Tour, Urban, Gravel dan Offroad serta dua mod yang boleh diubah parameter (HSTC, Wheelie Control dan DCT) mengikut kesesuaian pengguna. 
 

Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports


Berkongsi rangka yang sama dengan CRF1100L Africa Twin, model CRF1100L Africa Twin Adventure Sports menawarkan ciri yang lebih banyak untuk membezakan antara kedua-dua motor kembara ini. 

Model Adventure Sports ini datang dengan tangki bahan api yang lebih besar (24.8 liter) dan mampu menawarkan jarak operasi sehingga 500 kilometer.
 


Penghadang angin juga kini lebih panjang dan boleh dilaras ketinggiannya mengikut kesesuaian. 

Selain daripada itu, model Adventure Sports ini turut didatangkan dengan pelindung enjin yang lebih besar, carrier belakang daripada aluminium, tayar tanpa tiub, pengecas ACC dan grip dengan pemanas terbina dalam. 
 


Sistem suspensi hadapan dan belakang menggunakan Showa EERATM sebagai standard dan menawarkan empat mod tunggangan - SOFT, MID, HARD dan OFF-ROAD. 

Mod tambahan USER pula membolehkan pengguna menala sendiri sistem suspensi mengikut keperluan.

Ciri moden yang membezakan antara Honda CRF1100L Africa Twin dan Adventure Sports adalah kehadiran lampu membelok (Cornering Lights) yang turut dikawal oleh IMU untuk menentukan arah pencahayaan bergantung kepada sudut membelok.
 


Honda CRF1100L Africa Twin didatangkan dengan transmisi manual, warna tunggal Grand Prix Red dan harga jualan bermula dari RM98,888.00.

Manakala Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports (MT) dijual pada harga RM111,888.00 dan RM117,888.00 untuk model DCT.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula esok, 22…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Charcoal Grey Metallic/Gold, Candy Scintillate Red, Force…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Gunpowder Black Metallic, Candy Diesel Red dan juga Pearl…