Honda CB650R, CBR650R 2022 dikemaskini dengan warna baharu, harga dari RM43,499

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda mengemaskini penawaran dua buah model middleweight, iaitu sports bike CBR650R dan CB650R Neo-Sports Cafe untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua model tersebut masih lagi dilengkapi dengan enjin 649 cc yang kini mematuhi piawaian Euro 5, dan mampu menjana kuasa setinggi 93.8 hp @ 12,000 rpm dan daya kilas 64 Nm @ 8,500 rpm.
 

CBR650R


Aspek kawalan jentera dibantu dengan ciri seperti Honda Selectable Torque Control (HSTC) serta sistem brek ABS dua saluran.

Kedua-dua model dilengkapi dengan suspensi hadapan fork Showa Separate Function-Big Piston (SSF-BP) 41 mm jenis terbalik, serta slot pengecasan USB-C di bawah pelana.
 

CB650R


Untuk tahun 2022, Honda CB650R menerima pilihan warna baharu Mat Jeans Blue Metallic dan Candy Chromosphere Red sebagai tambahan kepada warna Mat Gunpowder Black Metallic sedia ada.

Sementara Honda CBR650R 2022 pula menerima kemaskini visual untuk kedua-dua warna Grand Prix Red dan Mat Gunpowder Black Metallic.

Harga jualan bermula dari RM43,499 untuk Honda CB650R 2022 dan RM45,499 untuk Honda CBR650R 2022.