Honda CB150R StreetFire - RM7.5K di Indonesia

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sudah terang lagi bersuluh Indonesia adalah pasaran yang besar untuk motosikal. Jualan dari Januari hingga Mac tahun ini sahaja sudah pun melebihi 1.5 juta.

Sila bayangkan betapa besarnya pasaran Indonesia. 1.5 juta dalam masa tiga bulan. Jika setahun?

Jadi tidak hairan mengapa negara jiran ini mempunyai seleksi yang pelbagai dan membuatkan pembeli di negara kita menelan air liur apabila melihat satu persatu model baharu dilancarkan.

Pada 13 Julai lalu, PT Astra Honda Motor (AHM) telah melancarkan sebuah model baharu dalam famili CB150. 

Honda CB150R StreetFire yang berada dalam segmen streetfighter. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda CB150R StreetFire

 

Walaupun hanya dengan sesaran enjin 150cc, motosikal ini tidak kalah dari segi rupa. Tangki besar, peredam bunyi besar dan brek cakera besar boleh menjadi ilusi yang baik dalam menonjolkan imej streetfighter.

Terdapat dua varian untuk model ini, satu yang biasa dan satu lagi CB150R Streetfire Special Edition yang dilengkapi pelindung bahagian bawah enjin.

Varian ini tampak lebih sesuai dengan imej streetfighter kerana ia kelihatan lebih 'penuh' berbanding model biasa yang nampak 'togel'.

Varian SE juga mempunyai tiga warna khusus iaitu Honda Racing Red, Fury Mat Red dan Raptor Mat Black dengan nada yang lebih garang.

 

Honda CB150R StreetFire

 

Selain itu, kelengkapan pada CB150R yang sudah menjadi standard hari ini ialah lampu LED dengan pencayahaan lebih terang dan tahan lama.

Kerangka terdedah pada model ini dari jenis Truss Frame di mana ia mempunyai keseimbangan tinggi di antara ketegaran dan fleksibiliti yang disumbangkan oleh 'penyangkut' enjin daripada aluminium.

Keterampilan CB150R diserlahkan lagi dengan tayar besar yang turut memberikan pengendalian dan cengkaman sama ada semasa mengambil selekoh atau pada kelajuan tinggi.

Brek cakera pula sudah cukup besar dan mendominasi tayar dengan ukuran 276mm di bahagian depan dan 220mm di bahagian belakang.

 

Honda CB150R StreetFire

 

CB150R StreetFire dikuasakan oleh enjin 150cc, DOHC, 4 injap, 6 kelajuan dan sejukan cecair.

Pecutan 0-200 meter mengambil masa 10.5 saat dengan kelajuan maksimum 125 km/jam. Kadar penggunaan minyak ialah 40.5 km/l yang diukur mengikut piawaian ECE R40 dan ujian EURO 3.

Honda CB150R StreetFire Special Edition dipasarkan pada harga yang begitu kompetitif iaitu Rp 27.850.000 atau RM 7,802.

Honda CB150R StreetFire standard pula mempunyai dua pilihan warna iaitu Wild Black dan Macho Black dengan harga yang lebih rendah iaitu Rp 26.750.000 atau RM 7,494.

Akhir sekali tahukah anda berapa sasaran jualan oleh AHM untuk model ini?

95,000 unit CB150R StreetFire setahun boh!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kredit foto: astra-honda.com, Honda.

 

Honda CB150R StreetFire

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…