Honda CB150r ExMotion 'Modern Café' - Harga dari RM12K di Thailand

oleh Muhammad Md Tajudin|
HONDA CB150R EXMOTION
HONDA CB150R EXMOTION
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak dinafikan tawaran motosikal untuk pasaran domestik kurang rancak berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Thailand. Biasanya negara kita lewat menerima model-model hangat dan ini mengundang cemuhan dari pengguna tempatan.

Perbezaan yang jelas ialah saiz pasaran, Thailand mempunyai 68.8 juta penduduk manakala Indonesia pula mempunyai 261.1 juta penduduk. Malaysia pula mempunyai 31.6 juta penduduk. Tidak menghairankan kenapa pengeluar dunia banyak tertumpu di kedua negara tersebut.

HONDA CB150R EXMOTION
HONDA CB150R EXMOTION

Walau bagaimanapun, polisi boleh turut membantu dan cara itu jelas digunakan Singapura dan buktinya boleh dilihat dengan pelbagai tawaran motosikal berkuasa yang ditawarkan di sana.

Apa pun, ini satu lagi model yang pertama kali ditawarkan di Thailand dan dunia pada 4 September lalu. Honda CB150r ExMotion yang menggunakan konsep Modern Café . Motosikal ini dijangka mengukuhkan lagi pegangan Honda sebagai peneraju pasaran motosikal Thailand selama 29 tahun berturut-turut. Iya, 29 tahun lamanya.

HONDA CB150R EXMOTION
HONDA CB150R EXMOTION

Berikut ialah spesifikasi Honda CB150R ExMotion:

  • Enjin 150cc, DOHC 4 Injap
  • Penyejukan air, PGM-FI, 6 kelajuan
  • Patuh piawaian emisi EURO 6
  • Fork USD 41 mm sama seperti model X-ADV 750
  • Lampu utama LED, meter digital pelbagai fungsi
  • Rangka baharu - Inner Pivot Type Diamond
  • ABS dengan G Sensor yang diambil dari CBR1000RR
  • Cakera brek berukuruan 296mm
  • Lengan ayun ringan
  • Tayar belakang 'gemuk' 150mm

Honda CB150R ExMotion juga tampil istimewa kerana Honda telah bekerjasama dengan beberapa pengeluar jenama terkenal Jepun seperti Moriwaki, G’Craft, dan Kitaco bagi menghasilkan aksesori khusus untuk motosikal ini.  

HONDA CB150R EXMOTION
HONDA CB150R EXMOTION

Untuk varian pula, berikut ialah warna, harga dan edisi khas untuk motosikal ini:

  • Empat warna standard: Pearl Cadet Gray, Millennium Red, Mat Laurel Green Metallic dan Asteroid Black Metallic
  • Harga pengenalan ialah THB 99,800 (RM 12,655)
  • Model ABS didatangkan dengan dua warna iaitu Gray-black dan Hitam
  • Harga pengenalan ialah THB 109,800 (RM 13,926)
  • Terdapat tiga model edisi terhad iaitu CB150R Street Café (500 unit), CB150R Scramble Café (1000 unit), CB150R Moriwaki edition (500 unit) yang boleh didapati bermula bulan ini
  • Model edisi terhad itu masing-masing dipasarkan pada harga THB 135,200 (RM 17,142), THB 118,400 (RM 15,018) 

 

HONDA CB150R EXMOTION
HONDA CB150R EXMOTION

Setelah pertama kali diberitakan di Thailland, bagaimana pula dengan sambutan pasaran terhadap motosikal ini?

Nampaknya tawaran terbaru Honda ini betul-betul menjadi. Hanya selepas dua hari klip acahan (teaser) dikeluarkan, jumlah tontonon telah mencapai sejuta dan dalam masa lima hari sahaja lebih seribu unit ditempah walaupun pembeli belum pun melihat model sebenar.

Untuk pasaran tempatan, masih tidak kedengaran lagi tentang kemasukan model ini. Jika ada pasti menarik bukan? Tetapi sebelum itu harap maklum, motosikal ini di Thailand pun sudah mencecah belasan ribu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin