Honda CB1000R Tribute sempena ulang tahun ke-50 superbike CB750 Four

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam diam, sudah lima puluh tahun berlalu sejak Honda memperkenalkan superbike pertamanya yang dilengkapi enjin empat silinder sebaris, CB750 Four. 

Motosikal dengan enjin inline-4 bukanlah suatu yang aneh pada ketika ini, namun pada tahun 1969, model CB750 dikategorikan sebagai sebuah superbike. 

Pada mulanya, ia menggunakan camshaft overhead melintang tunggal dan blok enjin empat silinder sebaris, menghasilkan kuasa sekitar 67 hp dan menariknya, ia lebih lancar berbanding enjin silinder tunggal, V-twins dan tiga silinder sebaris pada ketika itu. 

Kemudian, pada tahun 1979, baharulah Honda CB750 menerima versi dual overhead cam dengan variasi sesaran daripada 500 cc sehinggalah kepada 1,000 cc, bergantung kepada varian yang ditawarkan. 
 

Honda CB750 Four


Berbalik semula kepada masa nyata, Honda telah memilih untuk mengabadikan sebuah CB1000R (gambar utama) sebagai tribut kepada ulang tahun yang ke-50 enjin pertama empat silinder sebaris dari Honda. 

Honda tidak mendatangkan sebarang perubahan teknikal pada CB1000R ini, sebaliknya perubahan tersebut hanyalah dari aspek kosmetik semata-mata, seperti penggunaan liveri emas dan biru, tip ekzos berkembar berbentuk Y, dan rim jenis wire spoke. 

Logo kepak klasik Honda pula berlatarbelakangkan warna emas kuning yang diletakkan pada bahagian sisi motosikal, manakala tempat duduk leatherette pula digantikan dengan balutan kulit Alcantara.

Honda CB1000R Tribute ini tidak akan diproduksi secara massa, oleh kerana ia merupakan kolaborasi bersama Honda Itali bersama acara Roma Motodays bermula 7 Mac - 10 Mac

Dengan hanya membeli tiket dan mendaftar secara dalam talian, hanya seorang pengunjung bertuah berpeluang untuk membawa pulang Honda CB1000R Tribute ini. 

Anda boleh melayari laman web Roma Motodays untuk pembelian tiket masuk pada pautan di bawah. 

Roma Motodays

Berita Berkenaan

Tunggang Uji
Kebelakangan ini, kebanyakan pengeluar cuba tampil dengan pengenalan model baharu yang membawakan…
Pelancaran
Pada masa yang sama, Boon Siew Honda turut mengambil kesempatan melancarkan dua buah motosikal di…