Honda buka pusat 3S di Skudai, Johor

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda Malaysia hari ini telah membuka satu lagi pusat 3S baharu di Skudai, Johor yang dikendalikan oleh Wang Loo Motor (JB) Sdn. Bhd. (Wong Loo Motor) bagi memberikan kemudahan kepada pelanggan Honda yang semakin meningkat.

 

Honda Malaysia kini mempunyai 17 pengedar sah dan empat pusat 4S (sales, service, spare parts and body & paint) di selatan.

 

“Bagi separuh pertama 2017, jumlah jualan di rantau selatan adalah lebih 10,500 unit, di mana Johor menyumbang kira-kira 70 peratus bersamaan dengan 7,300 unit. Pembukaan pusat 3S ini bakal memudahkan lagi pelanggan-pelanggan yang semakin ramai di Johor” kata Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi.

 

Honda

 

Pusat 3S ini telah menerima pelaburan sebanyak RM22 juta dan mempunyai keluasan 73,979 kaki persegi. Ia memiliki 18 ruang servis yang boleh memuatkan 100 kenderaan sehari. Selain itu, ia turut menyediakan lounge pelanggan, wifi percuma, sudut kanak-kanak dan surau.

 

Honda

 

Sejak Januari tahun ini, Honda Malaysia telah memperkenalkan lima model baharu iaitu BR-V, City, Jazz Petrol, Jazz Hibrid, CR-V dan City Hybrid.

 

Honda Malaysia dijangka melancarkan satu lagi model baharu tidak lama lagi menjadikannya enam model baharu bagi tahun 2017.

 

Model sedia ada, telah mencatatkan penerimaan pasaran yang menggalakkan dengan mencapai satu peningkatan bahagian pasaran sebanyak 18.5 peratus (Januari-Jun 2017), berbanding tempoh yang sama pada tahun 2016 iaitu 14.4 peratus.

 

Honda Malaysia juga mengumumkan bahawa mereka berada di kedudukan pertama dalam bahagian pasaran di kalangan operasi kereta global Honda pada separuh pertama tahun 2017.

 

Dengan strateginya untuk menumpukan pada Teknologi “Advanced Next Generation” seperti enjin Turbocharged 1.5L, Sport hybrid, dan Honda SENSING, Honda Malaysia yakin dapat mencapai sasarannya menjelang akhir tahun 2017 iaitu untuk menjual 100,000 unit kenderaan.

 

Untuk membuat temujanji atau untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan dan kemudahan pusat 3S Wang Loo Motor, pelanggan boleh hubungi Wang Loo Motor (JB) Sdn. Bhd. di talian 07-555 0033 atau lawati pusat 3S di alamat;

No.1, Jalan Jaya 1, Taman Mutiara Rini, 81300, Skudai, Johor Darul

Untuk maklumat lanjut, layari www.honda.com.m

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…