Honda buka pintu kerjasama, kurangkan kos pembangunan EV baharu

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Honda yang kita kenali sebelum ini 'degil' untuk bekerjasama dengan mana-mana pengeluar automotif kini membuka pintu terhadap kerjasama yang membolehkan kos produksi kenderaan elektrik lebih rendah dan menguntungkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Reuters, CEO Honda, Toshihiro Mibe menjelaskan, "sekiranya menerusi kerjasama Honda mampu mencapai apa yang disasarkan, kami bersedia untuk membentuk kerjasama dengan mana-mana pihak.

"Kerjasama yang terbentuk bakal membolehkan penghasilan kenderaan elektrik dalam jumlah yang lebih besar, melihatkan kepada keadaan semasa di mana elektrifikasi tidak dapat dilaksanakan secara komersial.

Pada ketika ini, masih belum diketahui bagaimana atau dengan siapa Honda bakal membentuk kerjasama, namun pengeluar Jepun itu mempunyai sasaran untuk mencapai sifar emisi menjelang 2040.

Honda juga pada ketika ini bekerjasama dengan General Motors untuk membangunkan dua buah model EV menggunakan platform Ultium, sebelum memperkenalkan e:Architecture - sebuah platform baharu sepenuhnya - menjelang separuh kedua dekad ini.

Kerjasama Honda dengan GM juga turut memfokuskan kepada bidang seperti plug-in hybrid, sel bahan api hidrogen, serta teknologi pemanduan autonomi yang kini menjadi pilihan utama kebanyakan pengeluar.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…