Honda Brio RS Urbanite Edition - versi lebih sporti mendarat di Indonesia, dari RM67k

oleh Mohamad Hanif|
Pengedar Honda di Indonesia, PT Honda Prospect Motor membawakan penawaran terbaharu bagi hatchback Honda Brio yang lebih sporti, digelar sebagai Brio RS Urbanite Edition.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Antara ciri yang didatangkan pada model RS Urbanite Edition ini adalah kehadiran kit badan yang lebih sporti, seperti spoiler bawah depan, skirt sisi, bampar dengan diffuser di bahagian belakang, cermin sisi, serta spoiler tailgate di mana kesemuanya diwarnakan dengan warna hitam.
 

Brio


Selain daripada emblem Urbanine, varian sporti ini turut dilengkapi dengan rim aloi black matte, serta pilihan warna baru Tafetta White Two Tone dan Crystal Black Pearl selain warna sedia ada (Phoenix Orange Pearl Two Tone dan Carnival Yellow Two Tone).

Dari segi kuasa, Brio RS Urbanite Edition didatangkan dengan enjin 1.2 liter i-VTEC yang mampu menghasilkan kuasa 90 PS @ 6,000 rpm dan daya kilas 110 Nm @ 4,800 rpm, dipadankan dengan transmisi manual atau CVT.
 

Brio


Ruang kabin pula didatangkan dengan skrin Display Audio bersaiz 6.2 inci dengan sokongan USB dan Bluetooth, paparan meter analog sporti, roda stereng dengan butang fungsi, serta pembesar suara tweeter.

Ciri keselamatan pula merangkumi dua beg udara i-SRS, struktur rangka G-CON + ACE, peringatan tali pinggang keledar serta tidak ketinggalan ciri ABS dan EBD.
 

Brio


Harga jualan Brio RS Urbanite Edition bermula dari Rp 225,900,000 (RM67,437) untuk versi manual, hingga Rp 235,900,000 (RM70,422) untuk versi CVT.