Honda BREEZE - kembar CR-V untuk pasaran China

oleh Mohamad Hanif|
Memandangkan pasaran China itu sendiri lebih besar berbanding mana-mana pasaran utama automotif di dunia, untuk bergantung kepada sesebuah produk sahaja adalah tidak mencukupi.

Oleh sebab itu, kebanyakan syarikat utama menggunakan strategi dua buah model kereta dengan bergabung dengan mana-mana syarikat tempatan, termasuklah Honda. 

Di China, Honda sudah mempunyai dua gabungan utama iaitu GAC-Honda dan juga Dongfeng Honda. 

Daripada dua gabungan ini, mereka mampu hadir dengan dua buah model dengan nama yang berbeza daripada satu model seperti Accord dan INSPIRE, Vezel dan XR-V, serta Avancier dan UR-V. 
 


Dalam segmen SUV Kompak pula, Honda hanya mempunyai satu wakil sahaja iaitu Honda CR-V daripada syarikat Dongfeng-Honda. 

Untuk itu, GAC-Honda menjalankan 'tugas' untuk mengisi ruang kekosongan yang ditinggalkan oleh Honda CR-V, iaitu BREEZE. 

Meneruskan tradisi untuk tidak meletakkan nama awalan Honda di hadapan, BREEZE menampilkan reka bentuk yang lebih sporti untuk menarik perhatian pengguna. 

Ia dimulakan dengan rekaan lampu hadapan, gril serta strip dekoratif yang sama didapati pada Honda Accord. 

Jika dibandingkan dengan rekaan CR-V, BREEZE jauh lebih muda, sesuai dengan golongan sasaran jualan yang ditetapkan. 
 


Reka bentuk lampu belakang yang menegak itu telah disembunyikan dengan layangan warna hitam, dan diakhiri dengan gugusan lampu melintang yang lebih tirus berbanding model asal. 

Ia juga menampakkan ruang belakang lebih ringkas dan lebih luas. 

Bukaan ekzos juga menampilkan rekaan heksagon berkembar dan bukan tip bulat berkembar. 

Untuk penggayaan, BREEZE ditawarkan dengan rim bersaiz 17 inci dan 19 inci, manakala kuasa pula diperoleh daripada enjin 1.5 liter turbo yang menghasilkan 190 kuasa kuda dan 243 Nm daya kilas. 

BREEZE sememangnya dikhaskan untuk pasaran China dengan pengenalan rasmi dijadualkan pada 26 Ogos ini. 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Honda Pilot  Bukan sahaja CR-V, dua lagi SUV Honda iaitu Pilot dan Passport menunjukkan jualan…
Berita Domestik
Tujuan kempen ini adalah untuk menggantikan punat tombol gear sebagai langkah berjaga-jaga.  Ini…
Berita Domestik
  Honda CR-V Mugen Concept ini telah dipamerkan sebanyak dua kali di Malaysia sebelum ini. Kali…