Honda Breeze 2023 muncul di China - alternatif kepada Honda CR-V

oleh Mohamad Hanif|
Di pasaran China, pembeli boleh mendapatkan SUV CR-V generasi baharu dengan rupa paras lebih hensem yang dihasilkan oleh Dongfeng-Honda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Alternatifnya, mereka juga boleh membeli sebuah lagi SUV bersaiz serupa dengan nama Honda Breeze yang dihasilkan oleh kerjasama GAC-Honda.

Meskipun berkongsi platform, konfigurasi lima atau tujuh tempat duduk, serta kelengkapan keselamatan ADAS Honda SENSING yang sama, ia boleh dibezakan menerusi beberapa perkara.
 

Breeze


Seperti contoh, muka hadapan yang sedikit berbeza dengan rekaan jeriji yang lebih kecil, bukaan liang bampar yang lebih besar, serta unit lampu utama LED yang khusus untuk model Breeze.

Komponen plastik cladding pada arka roda didatangkan dengan warna badan untuk rupa yang lebih premium.
 

Breeze


Rekaan belakang juga turut dikemaskan di mana unit lampu LED melintang itu dihubungkan kepada spoiler belakang menerusi komponen aerodinamik.

Disebabkan bampar depan dan belakang yang telah direka semula, Honda Breeze memiliki kelebihan 22 mm lebih panjang (4,716 mm) berbanding Honda CR-V.

Dimensi lain masih lagi serupa, termasuklah jarak antara roda sepanjang 2,700 mm.
 

Breeze


Susun atur ruang kabin Breeze masih lagi sama seperti model CR-V, cuma dibezakan menerusi kemasan trim dan juga upholsteri.

Di China, Honda Breeze bakal ditawarkan dengan enjin 1.5 liter turbo yang mampu menghasilkan 190 hp dan 243 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT yang memacu roda hadapan atau pilihan pacuan semua roda (AWD).

Harga jualan Honda Breeze masih lagi belum diumumkan, namun ia dijangka sedikit mahal berbanding Honda CR-V yang dijual pada harga 185,900 yuan (RM117,981).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Versi CR-V standard ditawarkan dan dihasilkan oleh Dongfeng Honda, sementara versi yang kita lihat…
Berita Global
Oleh sebab itu, kebanyakan syarikat utama menggunakan strategi dua buah model kereta dengan…