Honda berjaya buktikan penguasaan dalam kelas CP150 Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2020!

oleh Mohamad Hanif|
Menjadi golongan minoriti dalam perlumbaan yang rata-ratanya disertai oleh jentera pesaing bukanlah satu halangan buat pasukan Honda untuk menunjukkan taring tersendiri dalam kelas perlumbaan CP150 Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, di dalam senarai 10 pelumba terbaik secara keseluruhan, tempat teratas berjaya disandang oleh pelumba yang menggunakan jentera Honda, iaitu Mohd Helmi Azman (Hi Rev SCK Honda Racing) dan Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing).

Pelumba  Hi Rev SCK Honda Racing, Mohd Helmi Azman ternyata menunjukkan prestasi yang konsisten di sepanjang musim perlumbaan Cub Prix 2020 apabila mengekalkan kedudukan selaku peneraju di dalam kelas CP150, sekaligus menobatkan beliau sebagai juara keseluruhan kelas tersebut untuk musim 2020.

 


Ini merupakan kali pertama gelaran juara kategori perdana dimenangi oleh pasukan Honda semenjak kategori CP150 diperkenalkan pada tahun 2017, serta kemenangan pertama yang diraikan oleh pasukan Hi Rev SCK Honda Racing sejak musim 2012.

“Saya berterima kasih kepada pasukan, kru mekanik, keluarga dan penaja. Perlumbaan akhir ini agak sengit kerana saya dengan Azroy masing-masing fikirkan hal kejuaraan. Saya sebenarnya agak kecewa dengan keputusan dari pusingan penutup tirai ini kerana saya sebenarnya mensasarkan kedudukan podium. Akan tetapi, saya dihimpit di garisan penamat pada saat-saat terakhir dan terpaksa akur di tempat ke-lima,” jelas Helmi lagi.

Berdasarkan pungutan mata, Helmi berjaya merangkul 143 mata kejuaraan dan disahkan sebagai pemenang keseluruhan di dalam kategori CP150 setelah beliau mencapai gelaran juara keempat pada pusingan ketujuh.

Di samping itu, pasukan Hi Rev SCK Honda Racing turut menjulang gelaran Juara pasukan CP150 dengan 192 mata kejuaraan.

 


Di tempat kedua pula, Azroy mengikuti rapat di belakang Helmi, dan seperti pesaingnya, Azroy juga turut menunjukkan prestasi yang agak cemerlang kerana berjaya mengekalkan diri di dalam kelompok lima pelumba terbaik sepanjang lapan pusingan perlumbaan diadakan.

Pencapaian terbaik kedua-dua pelumba ini menjadikan dua pasukan Honda, Hi Rev SCK Honda Racing dan Idemitsu Honda Yuzy Racing kini menduduki tangga teratas kedudukan pasukan dengan masing-masing mencatatkan mata 192 dan 174, mendahului pasukan-pasukan lain yang rata-ratanya dikuasakan oleh jentera Yamaha.

 


Kejayaan yang dirangkul oleh pasukan Honda pada musim perlumbaan 2020 yang lalu bakal menjadi satu pembakar semangat untuk mengekalkan prestasi terbaik bagi pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas pada 20-21 Mac ini.

Jadual sementara ini telah diaturkan mengikut SOP pandemik semasa dengan mengambil kira andaian bahawa penonton masih lagi tidak dibenarkan menonton secara langsung di litar untuk musim 2021. Oleh yang demikian, jadual musim 2021 ini mirip jadual musim 2020 di mana semua perlumbaan akan dianjurkan di litar tetap.

Empat daripada sepuluh pusingan musim 2021 akan tertumpu di Litar Antarabangsa Sepang. Dua pusingan akan dianjurkan di Litar Tangkak, Johor dan dua lagi di Terengganu. Buat masa ini, lokasi dua perlumbaan berbaki belum dapat ditetapkan.

 

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Pasukan Yamaha Tekhne AHM Motor Sports bakal bersaing dalam dua kategori iaitu CP150 dengan…
Berita Domestik
  Beliau berkata saingan bagi 2023 juga bakal menjadi sengit dengan kehadiran beberapa pasukan…
Berita Domestik
  Menurutnya, kelab itu itu mencadangkan satu kawasan di Bukit Merah dekat sini untuk pembinaan…