Honda BeAT 2023, kini dengan warna baharu, grafik moden, dari RM5,990

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda hari ini mengumumkan kemas kini warna baharu bagi model skuter Honda BeAT tahun 2023.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Skuter bersesaran 110 cc itu kini boleh didapati dalam warna baharu kuning, serta warna merah, biru dan hitam sedia ada.

 

BEAT


Untuk model tahun 2023, ia hadir dengan visual Sporty Modern yang lebih bergaya dan dipenuhi dengan abstrak moden yang mampu menarik minat golongan belia di Malaysia.

Dari segi spesifikasi, ia membawakan enjin silinder tunggal sejukan udara 109.5 cm3 yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 8.7 hp @ 7,500 rpm, daya kilas 9.5 Nm @ 6,000 rpm dipadankan dengan transmisi automatik.

Kapasiti tangki adalah sebesar 4.2 liter, sementara ketinggian pelana pula adalah sekitar 740 mm.
 

BEAT


Honda BeAT membawakan fork hadapan jenis teleskopik diikuti dengan lengan ayun tunggal di bahagian belakang.

Sistem brek pula terdiri daripada cakera hidraulik pada roda depan, sementara bahagian belakang pula menggunakan brek dram mekanikal.


 


Honda BeAT 2023 dengan warna baharu itu kini dijual pada harga bermula dari RM5,990 atas jalan tanpa insurans, pendaftaran dan cukai jalan.

Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun, atau perbatuan 20,000 km (yang mana tiba dahulu).