Honda BeAT 2022 - kemaskini warna baharu, harga dari RM5,765

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda memperkemaskan penawaran skuter Honda BeAT dengan penampilan warna dan rekaan grafik yang lebih malar segar, selari dengan elemen Stylish Sport dan Moden.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terdapat empat warna pilihan ditawarkan, iaitu Clipper Yellow, Pearl Magellanic Black, Vivacity Red dan Pearl Nighfall Blue.
 

BeAT


Honda BeAT dikuasakan oleh nadi 109.5cc silinder tunggal sejukan udara yang mampu menjana kuasa setinggi 8.68 hp @ 7,500 rpm, daya kilas 9.53 Nm @ 6,000 rpm, penggunaan bahan api 59.1 km untuk setiap liter, serta mematuhi piawaian Euro 4.

Kerangka enhanced Smart Architecture Frame (eSAF) menyumbang kepada pengendalian yang tangkas, mudah dikawal, serta ruang penyimpanan sebesar 11.7 liter di bawah pelana.
 

BeAT


Dari segi kelengkapan, Honda BeAT hadir dengan ciri lampu LED, kunci brek parkir, Side Stand Switch, serta sistem brek kombi (CBS) yang mampu mengagihkan tekanan brek optimum kepada dua roda.

Harga jualan Honda BeAT 2022 bermula dari RM5,765.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula esok, 22…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Charcoal Grey Metallic/Gold, Candy Scintillate Red, Force…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Gunpowder Black Metallic, Candy Diesel Red dan juga Pearl…