Honda bangunkan ciri Smart Intersection berdasarkan sistem komunikasi V2X

oleh Mohamad Hanif|
Honda memperlihatkan ciri baharu yang digelar Smart Intersection membolehkan kenderaan mengesan trafik yang mendatang ketika sedang menghampiri kawasan persimpangan berdasarkan sistem komunikasi V2X (vehicle-to-everything).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi mereka yang kurang mengerti, sistem V2X ini merupakan sistem komunikasi di antara kenderaan dengan objek persekitaran seperti bangunan, dinding rumah dan juga objek sekeliling, membolehkan mereka 'bercakap' sesama sendiri bagi mengurangkan risiko bahaya ketika berada di atas jalan. 


 


Sistem Smart Intersection ini menggunakan perisian pengecaman objek yang dibangunkan oleh Honda sendiri dan digandingkan dengan empat buah kamera yang terpasang pada simpang dan juga sistem komunikasi V2X, membolehkan kereta melihat secara maya objek yang mendatang menembusi halangan yang terdapat di sekeliling. 

Menerusi kamera ini, ia akan merakam daripada sudut pandangan mata burung (bird's-eye-view) di persimpangan sehingga jarak 91 meter dan perisian Honda boleh menganalisis objek yang bergerak (pejalan kaki, kenderaan), menukarkan rakaman tersebut kepada imej 360 darjah persimpangan tersebut. 

Seterusnya, perisian tersebut akan menghantar imej yang dianalisis kepada kenderaan yang terdapat di sekeliling menerusi sistem isyarat komunikasi jarak dekat (DSRC). 
 


Menurut Ted Klaus, naib presiden penyelidikan strategik Honda R&D Amerika, teknologi V2X ini merupakan asas kepada sistem pengangkutan yang pintar dan selamat, serta memainkan peranan penting kepada masyarakat sifar pelanggaran. 

Honda bekerjasama dengan Bandar Marysville untuk membangunkan dan menambah baik sistem Smart Intersection menggunakan 200 unit kenderaan ujian di bandar ini sebelum meluaskan penggunaannya kepada pengguna jalan raya yang lain pada masa akan datang.