Honda bakal lancarkan kapcai lagenda-EX5 Fi edisi terhad

oleh DIANA ISMADI|
Boon Siew Honda (BSH) telah mengumumkan bahawa pihak mereka akan melancarkan Honda EX5 Fi Edisi terhad sempena Sambutan Ulang Tahun ke 30 dan pencapaian pengeluaran sebanyak 100 juta unit. Honda EX5 dan kekal sebagai simbol kebebasan dalam mobiliti dan menjadi motosikal paling lama bertahan di pasaran Malaysia pada masa ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Diperkenalkan pada tahun 1987, EX5 mempunyai warisan yang teguh dan kisah tersendiri dalam kalangan rakyat di negara ini. Menjadi salah satu daripada kapchai yang paling penting dalam merintis pengangkutan dua roda pada masa lalu, siri Honda EX5 kekal relevan dan bergaya menerusi pengenalan model terbaharu.

 

Sejak bertahun lamanya, siri EX5 terus maju untuk bersesuaian dengan keunikan budaya dan keperluan pelanggan yang semakin meningkat di Malaysia, menjadikannya sebuah model siri jenama yang bertahan lama yang terjual dan dinikmati oleh pelanggan di negara ini. Menjadi salah satu daripada perintis Super Cub di Malaysia, sebanyak lebih dua juta unit telah dihasilkan dan dijual di peringkat tempatan.

 

Boon Siew Honda amat berbangga dalam pengeluaran EX5 yang menyumbang terhadap landskap pengangkutan di Malaysia sejak tahun 1987. Ia mewakili warisan selama 30 tahun dan masa hadapan Boon Siew Honda.

 

Pengenalan EX5 Fi Edisi Terhad adalah sebagai tanda sumbangan kami ke arah pencapaian pengeluaran sebanyak 100 juta unit dalam Siri Super Cub di peringkat global, kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan BSH, En. Nobuhide Nagata.

 

Jenama Honda EX5 ini menjadi tulang belakang di jalan raya Malaysia sejak tahun 1987, 
Honda EX5 Fi Edisi Terhad, didatangkan dengan enjin 109.1 cc lejang tunggal penyejuk udara. Dikuasai oleh sistem bahan api PGM-Fi Honda, menghasilkan 8.35 kuasa kuda pada 7,500rpm dan 8.4Nm tork pada 6,000rpm.

 

HondaEX5

Honda EX5 Fi Edisi Terhad akan didatangkan dalam dua rekaan pada harga bermula dari, RM5,309.54 (Self/Drum/Spoke) dan RM5,563.94 (Self/Drum/Cast). Harga-harga dinyatakan adalah harga asas termasuk GST.

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan EX5 Fi Edisi Terhad, sila rujuk di laman Facebook kami:
www.facebook.com Honda Motorcycles Malaysia Boon Siew Honda atau talian Bebas Tol di 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 5 petang, kecuali pada Cuti Umum)

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula esok, 22…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Charcoal Grey Metallic/Gold, Candy Scintillate Red, Force…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Gunpowder Black Metallic, Candy Diesel Red dan juga Pearl…