Honda bakal jadi pengeluar pertama produksi kereta dengan keupayaan Level 3 Autonomy secara besar-besaran!

oleh Mohamad Hanif|
Ketika kebanyakan kenderaan moden kini sudah pun mempunyai keupayaan pemanduan autonomi tahap kedua (LEVEL 2 Automation), pengeluar automotif Jepun Honda baru-baru ini mengumumkan mereka bakal menjadi pengeluar kenderaan produksi massa pertama yang mempunyai keupayaan tahap ketiga (LEVEL 3 Autonomy).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Reuters, Honda dalam satu siaran media merancang untuk melancarkan Honda Legend (sedan mewah) yang dilengkapi dengan sistem autonomi tahap ketiga menjelang akhir Mac 2021.

Terdahulu, kerajaan Jepun baru-baru ini telah menganugerahkan Honda sijil pengiktirafan keselamatan kepada sistem autonomi Honda "Traffic Jam Pilot".

Dengan teknologi pemanduan autonomi tahap ketiga, ia membenarkan pemandu untuk mengalihkan pandangan mereka daripada jalan raya dalam keadaan tertentu, tidak seperti pemanduan autonomi tahap kedua.

Kereta dengan bantuan pemanduan autonomi tahap kedua yang kini banyak melata atas jalan raya pula mampu mengawal kelajuan dan putaran roda stereng, namun masih lagi memerlukan pemantauan daripada pemandu untuk mengambil alih kawalan pemanduan pada bila-bila masa.

 

sumber: NHTSA


Terdapat sehingga enam tahap pemanduan autonomi yang digariskan oleh SAE, bermula dari sifar (pemanduan manual sepenuhnya) hingga tahap kelima yang merupakan tahap pemanduan autonomi penuh.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Informasi
  David Leggett, Editor Automotif di GlobalData, berkata, "Menurut ramalan GlobalData, Society of…
Berita Global
Seperti mana yang anda lihat pada model konsep iNext beberapa bulan yang lalu, BMW mengesahkan…