Honda, Autoliv uji rekaan baharu beg udara - bakal diaplikasi bermula 2020

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi kerjasama penyelidikan dan pembangunan bersama pembekal beg udara Autoliv, Honda Amerika mengumumkan teknologi baharu beg udara bagi melindungi penumpang sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti rekaan beg udara konvensional yang menggunakan reka bentuk one-piece, para jurutera R&D Honda Amerika telah menghasilkan beg udara dengan empat komponen utama, iaitu tiga ruang yang boleh dikembangkan dan sebuah komponen yang dikenali dengan nama sail panel. 
 


Menggunakan analogi seperti sebuah sarung tangan pemain besbol (mitt), komponen sail panel itu akan 'menangkap' dan memastikan kepala penumpang berhenti bergerak bagi mengurangkan kecederaan. 

Dengan cara meminimumkan daya dan halaju putaran kepala ketika dalam pelanggaran, ia mampu menawarkan perlindungan yang lebih baik terutama ketika pelanggaran arah hadapan, sekaligus mengurangkan kecederaan. 
 


Ini amat penting kerana di dalam satu-satu kemalangan, kepala penumpang mampu 'berputar' atau tersasar daripada beg udara akibat beberapa faktor luaran. 

Rekaan beg udara baharu ini akan mula dibekalkan pada kereta baharu Honda untuk pasaran Amerika Syarikat bermula tahun hadapan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota Motor North America, SUV Corolla Cross yang dipanggil semula itu perlu diperiksa…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Global
Perkembangan terbaharu ini adalah susulan kepada laporan ujian penyelewengan ujian keselamatan yang…