Honda Australia lancar produk keemasan sempena ulang tahun ke-50 - termasuk sebuah mesin rumput!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Honda Australia kini menyambut ulang tahun penempatan mereka yang ke-50 dan bagi meraikan pencapaian tersebut, mereka memperkenalkan koleksi Ulangtahun ke-50 bertemakan warna emas. 

Barisan keemasan itu termasuklah hot hatch Honda Civic Type R, Honda NSX, superbike CBR1000RR Fireblade, CRF450L, CRF50F Kids Fun, generator EU22i dan sebuah lagi produk yang anda semua maklum, sebuah mesin rumput HRU19 Buffalo Premium. 
 


Namun, yang menjadi perkara tumpuan sudah tentu model berprestasi tinggi Honda Civic Type R dan Honda NSX yang tampil bergaya dengan warna keemasan diselangi dengan elemen hitam dan lencana "50 years". 

Sebagai fakta tambahan, sebelum Honda Australia terbentuk secara rasmi pada 4 Februari 1969, beberapa buah syarikat persendirian sudah pun memulakan perniagaan dengan mengimport model Honda pada tahun 1950-an. 
 


Jadi, ulang tahun ini adalah bagi menyambut kejayaan selama 50 tahun sejak organisasi Honda Australia bertapak secara rasmi. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana, semenjak Honda Civic Type R Limited Edition membuat kemunculan rasmi di peringkat…
Berita Global
Nampaknya, pilihan tersebut tidak akan menjadi kenyataan, namun Honda dikatakan bakal menyusun…
Berita Global
Menurut satu dokumen dalaman yang diperoleh daripada CarAdvice memberitahu, Honda kini sedang…