Honda Architecture - satu platform versatil untuk semua jenis model

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

gambar hiasan

Antara syarikat yang masih kekal 'bersendirian' ketika ini ialah Honda, degil dan tidak pernah bergandingan dengan mana-mana pengeluar, kecuali di negara-negara tertentu. 

Sudah tentu dalam usaha untuk menghadapi asakan rakan senegara seperti Toyota, dan Nissan-Mitsubishi-Renault, Honda terpaksa bikin sesuatu bagi memastikan kemandirian di dalam industri. 

Untuk itu, Honda membuat keputusan untuk mengubah strategi globalnya dengan memperkenalkan sebuah platform global baharu dan mencantas beberapa buah model untuk sesetengah pasaran. 

Ini bermakna, Honda akan membangunkan beberapa model global daripada sebuah platform tunggal - sama seperti Toyota dengan platform TNGA-nya. 

Pembangunan plaform Honda Architecture ini merupakan salah satu langkah Honda untuk menggalakkan perkongsian alat ganti di kalangan model dan menambah baik kelancaran proses produksi. 
 


Menurut CEO Honda Motor, Takahiro Hachigo berkata, model pertama yang lahir daripada Honda Architecture akan diperkenalkan pada tahun hadapan.

Menjelang 2025, Hachigo mensasarkan untuk mengurangkan penawaran varian dan opsyen, ini kerana menurut beliau, "Honda terlalu banyak menawarkan perbezaan antara pasaran, dan ini menurunkan kadar keberkesanan produksi."

Selain daripada itu, lebih dua pertiga jualan kenderaan global Honda akan terdiri daripada jualan kereta hibrid dan kereta elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2030 dan salah satunya ialah Honda E, sebuah kereta bandar EV dengan jarak operasi sejauh 200 kilometer. 

Baca: Honda e Prototype - pacuan roda belakang!

Baca: Honda e Protorype - ruang dalaman dengan skrin paparan lebar