Honda Amaze IDx - konsep gabungan dua jenama yang sangat pelik

oleh Mohamad Hanif|

Jikalau anda masih ingat, Nissan pernah menghasilkan sebuah kereta konsep Nissan IDx yang diinspirasikan daripada Datsun 510. 

Ia merupakan jawapan Nissan kepada peningkatan trend kereta sports pacuan roda belakang mampu milik yang dicetuskan oleh Toyota/Subaru menerusi model GT86/BRZ. 

Namun, entah kenapa Nissan IDx tidak pernah diteruskan pembangunannya walaupun ia disambut baik oleh para peminat tatkala dunia (khususnya pengeluar Jepun) sudah ketandusan model-model yang hebat. 
 


Di India, sebuah syarikat penala Executive Modcar Trendz (EMT) mengambil inspirasi daripada rekaan Nissan IDx dan menterjemahkannya ke atas sebuah sedan kecil, Honda Amaze. 

Pujian harus diberikan kerana firma talaan tersebut sangat berani untuk membawakan kelainan pada sebuah sedan yang sangat membosankan, apatah lagi rekaan kedua-dua model tersebut sangatlah berlainan. 

Ini tidak termasuk penampilan dalaman yang tersangatlah terang warnanya dan tidak membawakan rekaan interior berwarna merah hitam Nissan IDx.
 


Biarlah penulis menghentikan artikel ini di sini sebelum anda membaca sesuatu yang pelik lagi aneh, memandangkan kita semua masih berada di dalam bulan puasa. 

 

Nissan IDx

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/ Kawalan Lalu Lintas/ Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan…
Informasi
Ini kerana mereka sebenarnya meletakkan satu masa hadapan yang cukup sukar apabila membuat…