Honda ADV150 masuk pasaran US Jun 2020 - bermula dari RM18,737

oleh Mohamad Hanif|
Setelah pengenalan model skuter kembara ADV 150 di GIIAS 2019, ia ternyata berjaya mencuri tumpuan terutama apabila Honda berjaya mempelopori segmen skuter kembara bersesaran kecil sekaligus meneruskan kejayaan memperkenalkan model X-ADV sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setakat ini, Honda ADV 150 sudah pun mula dijual di beberapa negara di seluruh dunia, dan terbaharu ia bakal menyerang pasaran Amerika Syarikat menerusi satu dokumen yang diperoleh daripada California Air Resouce Board pada Februari 2020.

 

 


Honda ADV150 masih membawakan enjin yang sama seperti model skuter PCX150 bersesaran 149 cc silinder tunggal yang dipacu menggunakan transmisi automatik V-Matic.

Atas jalan, ia mampu mengekstrak kira-kira 14.5 PS pada putaran enjin 8,500 rpm dan 13.8 Nm daya kilas pada 6,500 rpm, dan turut menampilkan ciri Idling Stop System yang mampu menjimatkan bahan api terutama ketika perjalanan di dalam bandar.

 


Sistem pengendalian skuter ini disumbangkan oleh penggunaan suspensi yang lebih tinggi dengan fork Showa 41 mm di hadapan (jarak pergerakan 129.5 mm) dan penyerap hentak berkembar Showa belakang dengan jarak pergerakan 119.3 mm.

Set rim hadapan pula bersaiz 14 inci yang digandingkan dengan brek cakera 240 mm, manakala rim belakang pula bersaiz lebih kecil 13 inci dengan sistem brek dram.

 


Selain daripada saiz tangki bahan api sebesar 8 liter, ADV150 turut menawarkan ruang storan sebesar 26 liter yang mampu memuatkan sebuah helmet, serta ruang storan kecil di bahagian hadapan untuk penunggang meletak dan mengecas peranti pintar menerusi soket 12V.

Sistem kekunci pula adalah jenis SMART di mana penunggang tidak perlu lagi mencucuk kunci di slot kunci seperti kebiasaan.

 


Honda ADV150 ini bakal dijual bermula Jun 2020 di Amerika Syarikat dengan tanda harga dari $4,299 (RM18,737).

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Mereka mula menggegarkan dunia menerusi pengenalan skuter X-ADV dengan sesaran enjin 750 cc, namun…
Berita Global
Ini turut dikuatkan lagi dengan sebuah imej teaser yang dimuatnaik menerusi laman Instagram…
Berita Global
Selain dari skuter ADV-150, AHM juga menaja sebuah Honda CBR250RR untuk digunakan semasa acara itu…