Honda ADV 160 bakal muncul di Indonesia?

oleh Mohamad Hanif|
Selepas kemunculan model-model bersesaran 160 cc seperti Vario 160 dan PCX 160, Honda dilapor bakal muncul dengan sebuah lagi skuter bersesaran serupa, berkemungkinan besar Honda ADV 160.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini turut dikuatkan lagi dengan sebuah imej teaser yang dimuatnaik menerusi laman Instagram weloveHonda_id yang menyebut pelancaran rasmi pada bulan ini.

 


Sama seperti Vario 160, ADV 160 mungkin sekali akan didatangkan dengan nadi silinder tunggal 156.9 cc yang mampu menjana kuasa setinggi 15.21 hp @ 8,500 rpm dan daya kilas 13.8 Nm @ 7,000 rpm.

Berdasarkan pengamatan, hampir pasti model baharu ini merupakan ADV 160 memandangkan rekaan fender hadapan yang jauh lebih kurus berbanding model ADV 350, diikuti dengan bentuk lampu yang lebih berbeza, serta struktur penghadang angin yang lebih besar dan tinggi.

Baca: Honda ADV 350 2022

Lebih banyak informasi bakal kami laporkan menjelang pelancaran rasmi yang dijadualkan berlangsung menjelang penghujung bulan ini.