Honda ADV 150 dah boleh ditempah?

oleh Mohamad Hanif|
Kami tahu ramai di kalangan para peminat Honda sememangnya ternanti-nantikan kehadiran skuter kembara Honda ADV 150, apatah lagi Boon Siew Honda telah pun memberikan bayangan pelancaran sekitar suku pertama tahun hadapan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah berita tentang tempahan skuter ADV 150 ini bukanlah hadir dari Boon Siew Honda sendiri, akan tetapi salah sebuah daripada pengedar, Honda Impian X - Ee Tiong Motorsports.

Menurut satu hantaran yang dibuat pada minggu lalu, skuter ADV 150 itu kini sudah mula boleh ditempah, dan ia bakal membuat kemunculan bersama-sama sebuah sportsbike Honda CBR250RR.

Berkenaan harga pula, tiada sebarang informasi didedahkan buat masa ini.

 


Namun sebagai rujukan, AP Honda (Thailand) bulan lalu telah pun melancarkan secara rasmi skuter itu pada tanda harga bermula dari 98,900 baht atau RM13,500 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa.

onda ADV150 dikuasakan oleh enjin eSP 150 cc empat lejang dengan sistem pancitan bahan api yang mampu menghasilkan 14.5 PS dan daya kilas 13.8 Nm.

Penggayaan skuter kembara cilik ini diserlahkan dengan sistem lampu utama LED berkembar sepenuhnya, dibantu dengan lampu nyalaan siang LED, serta rim aloi dalam kemasan warna emas atau hitam.

Spesifikasi lanjut Honda ADV150 boleh dibaca menerusi pautan di bawah:

Baca: Honda ADV 150 masuk Thailand

 


Apapun, tunggu dan lihat sahaja pengumuman yang bakal dibuat secara rasmi oleh Boon Siew Honda Malaysia menjelang tahun hadapan.

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Mereka mula menggegarkan dunia menerusi pengenalan skuter X-ADV dengan sesaran enjin 750 cc, namun…
Berita Global
Ini turut dikuatkan lagi dengan sebuah imej teaser yang dimuatnaik menerusi laman Instagram…
Berita Global
Selain dari skuter ADV-150, AHM juga menaja sebuah Honda CBR250RR untuk digunakan semasa acara itu…