Honda ADV 150 2021 rasmi dilancarkan - bermula dari RM11,999

oleh Mohamad Hanif|
Setelah dua tahun semenjak pelancaran rasmi di acara Gaikindo Indonesia International Auto Show 2019 (GIIAS 2019), model skuter kembara Honda ADV 150 akhirnya secara rasmi mendarat di Malaysia sebentar tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda ADV 150 2021 ini dikuasakan oleh enjin silinder tunggal eSP 150 cc dengan sistem pancitan bahan api yang mampu menghasilkan angka output 14.6 kuasa kuda dan 13.9 Nm daya kilas, dipadankan dengan transmisi V-Matic automatik empar kering.

Ia juga hadir dengan Idling Stop System yang membantu menjimatkan lagi penggunaan bahan api.

 


Dari segi penggayaan, skuter 150 cc ini mendapat ciri-ciri seperti lampu utama jenis LED, lampu siang LED, lampu belakang dan membelok daripada LED, serta penggayaan seperti sebuah skuter kembara yang sebenar.

Untuk keselesaan penunggang, bar hendal direka sedikit lebar dengan penghadang angin boleh laras dua kedudukan, sementara sistem suspensi pula adalah jenis teleskopik di depan, dan suspensi belakang dengan subtangki daripada Showa.

Menggunakan kerangka jenis double cradle, Honda ADV membawakan jarak antara roda 1,324 mm, dengan jarak kelegaan tanah setinggi 165 mm dan ketinggian pelana 795 mm.

 


Walaupun hadir dengan brek cakera depan dan belakang, Honda ADV 150 hanya dibantu dengan ciri keselamatan seperti ABS saluran tunggal sahaja.

Namun, ia tetap dilengkapi dengan ciri lampu kecemasan automatik (ESS) yang akan menyala secara automatik apabila skuter ini dihentikan secara tiba-tiba pada kelajuan yang tinggi.

 


Antara ciri-ciri moden lain yang dibawakan termasuklah sistem kekunci pintar Honda, soket pengecasan kuasa 12V di tempat penyimpanan hadapan, serta panel meter paparan digital penuh LCD yang mampu memaparkan informasi penting kepada penunggang.

Ruang penyimpanan di bawah pelana adalah sebesar 27.8 liter yang mampu memuatkan helmet.

 


Untuk pasaran Malaysia, harga jualan Honda ADV 150 2021 ini bermula dari RM11,999 (tidak termasuk insurans, cukai pendaftaran) serta menerima dua pilihan warna, iaitu Vivacity Red dan Mat Charcoal Grey Metallic.

Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km yang mana terdahulu.

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Mereka mula menggegarkan dunia menerusi pengenalan skuter X-ADV dengan sesaran enjin 750 cc, namun…
Berita Global
Ini turut dikuatkan lagi dengan sebuah imej teaser yang dimuatnaik menerusi laman Instagram…
Berita Global
Selain dari skuter ADV-150, AHM juga menaja sebuah Honda CBR250RR untuk digunakan semasa acara itu…