Honda Accord kuasai pasaran sedan segmen D Malaysia!

oleh Mohamad Hanif|
Honda Accord terus kekal mendominasi pasaran sedan segmen D di Malaysia apabila berjaya mencatatkan tempahan sebanyak 920 unit semenjak pelancarannya pada Februari tahun ini, dengan penguasaan pasaran 40 peratus untuk separuh pertama tahun 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Varian paling popular adalah Accord 1.5L VTEC TC-P yang merangkumi 78 peratus daripada jumlah keseluruhan tempahan sehingga kini.

Menurut Honda Malaysia, sebanyak 500 unit Accord baharu telah pun diedarkan kepada para pelanggan di seluruh negara.

Generasi kesepuluh Honda Accord memiliki kelebihan yang tersendiri dengan menawarkan rekaan fastback yang elegan, serta penuh dengan ciri moden seperti lampu utama LED, lampu belakang LED, serta roda aloi baharu bersaiz 18 inci.

 


Honda Accord juga merupakan model segmen D Jepun pertama yang hadir dengan enjin 1.5 liter VTEC turbo dengan angka output 201 PS dan 260 Nm yang lebih berkuasa berbanding enjin 2.4 liter biasa.

Selain daripada penarafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), Honda Accord juga sarat dengan ciri keselamatan termaju seperti Honda SENSING, sistem pemantauan titik buta, kamera 360 darjah, amaran lintasan trafik belakang serta Honda LaneWatch yang melengkapi ciri-ciri lain seperti enam beg udara, ABS, EBD, Bantuan Kestabilan Kenderaan, Bantuan Mula Mendaki, serta cagak ISOFIX.

Harga jualan Honda Accord 1.5L Turbo bermula dari RM178,203.00.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…
Berita Domestik
Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura…
Berita Global
  Pengenalan Accord 2023 adalah simbol kepada gaya reka bentuk baharu Honda yang sebelum ini…