Honda Accord 2023 - apa yang kami tahu setakat ini

oleh Mohamad Hanif|
Honda baharu sahaja mendedahkan gambar acah sedan segmen D generasi baharu Honda Accord 2023 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Sedan generasi kesebelas itu dikatakan bakal membawakan keseronokan kembali ke dalam segmen sedan saiz pertengahan, selain membawakan imej yang lebih sporti dan elegan sesuai dengan imej yang dibawakan oleh Honda pada masa kini.

Bahagian depan sememangnya ringkas, dimulakan dengan jeriji berbentuk heksagon, unit lampu nyalaan siang DRL, lampu utama yang lebih nipis, serta rekaan hidung yang lebih bersegi tanpa kehadiran elemen krom yang berlebihan.

Perubahan yang besar boleh diperhatikan pada bahagian belakang.
 

Accord


Elemen rekaan lampu berbentuk pistol pengokot (stapler) kini digantikan dengan lampu yang lebih ringkas yang lebih memanjang di mana logo H menghubungkan antara lampu kanan dan kiri.

Memasuki ruang kabin, para pembeli Accord 2023 akan dihidangkan dengan skrin sentuh terbesar pernah dimuatkan, iaitu saiz 12.3 inci dengan kehadiran knob pelarasan kelantangan bunyi disertakan.

Antaramuka yang ringkas itu turut menyertakan paparan aliran kuasa yang memberikan petanda kehadiran trenkuasa hibrid 'yang menyeronokkan untuk dipandu' pada Accord baharu ini.
 

Accord


Ini bermakna, kemungkinan besar Honda Accord akan turut didatangkan dengan sistem hibrid e:HEV 2.0 liter sama seperti apa yang dimuatkan pada model Civic Hybrid e:HEV.

Difahamkan, Honda Accord 2023 merupakan model Honda pertama yang akan menggunakan sistem Google terbina untuk sistem ketersambungan yang lebih lancar.

Selain itu, Honda Accord juga bakal menampilkan skrin paparan meter kluster tanpa dinyatakan saiz dimensinya berdasarkan kelibatnya pada imej ketiga.

Lebih banyak butiran lanjut bakal diketahui menjelang pelancaran rasmi sedan segmen D generasi baharu itu dalam masa terdekat.

 

Gambar paten Honda Accord 2023

Berita Berkenaan

Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…
Berita Domestik
Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura…
Berita Global
  Pengenalan Accord 2023 adalah simbol kepada gaya reka bentuk baharu Honda yang sebelum ini…