
Barangan lain turut ditawarkan seperti tombol gear aluminium warna hitam dengan balutan kulit merah dan pelapik bendul pintu.
Civic Type R menjadi lebih meriah dengan nyalaan pada pemegang cawan dan kotak tengah selain suluhan Type R dari pintu ke atas permukaan jalan.
Untuk makluman, Honda sekali lagi membuka pesanan untuk aksesori gentian karbon Civic Type R.
Tahukah anda berapa lama dihentikan? Sejak Disember 2023 susulan pesanan luar jangka dan Honda menghentikan spoiler, panel konsol tengah dan pelapik panel pintu.

Penawaran dibuka semula selepas Honda mampu menyerahkan pesanan kepada pelanggan terdahulu dan yakin mengenai tarikh ketibaan produk pada masa depan.
Spoiler but dibuat dari karbon kering dengan poliester merah dijalin ke dalam gentian karbon.
Selain plat sisi yang besar, bahagian bawah spoiler berbentuk mata gergaji.
Semasa Type R Racing Black Package diperkenal, bahagian dalam serba hitam nampak janggal dengan konsol berwarna perak.

Panel konsol tengah merah dan hitam yang dibuat dari karbon sama seperti spoiler adalah penyelesaian bersesuaian untuk Black Package dan Civic Type R biasa.
Pelapik panel pintu juga sama dan nampak lebih meriah.
Civic Type R Racing Black Package ditawarkan sebanyak 500 buah dan jika disandarkan pada kebiasaan, ada unit yang boleh dibawa masuk pengimport bebas.
Cuma, sabar menanti selain harga lebih tinggi. Si hitam dijual pada harga 5,998,300 yen (RM172,482) berbanding 4,997,300 yen (RM143,675) untuk model biasa.
Penulis: Muhammad Md Tajudin
