Honda Access tawar aksesori, kemasan sporti untuk model Odyssey e:HEV di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Honda Access baru-baru ini telah mengumumkan ketibaan barisan aksesori yang boleh dipadankan pada MPV keluarga tujuh tempat duduk Honda Odyssey e:HEV untuk pasaran Jepun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Penawaran tersebut merangkumi jeriji hadapan krom hitam dan hitam Berlina yang menjadikan penampilan hadapan lebih sporti, diikuti dengan spoiler tailgate yang lebih besar di belakang.
 

odyssey


Sementara untuk ruang kabin pula Honda Access menawarkan pemasangan pengecas USB tambahan di bahagian glove box dan USB PD 45W untuk kegunaan penumpang baris kedua.

Aksesori lain termasuklah sistem pencahayaan pada ruang kaki, pemegang pintu dan poket pintu, kemasan ambang pintu beriluminasi, serta sistem navigasi Gathers bersaiz 11.4 inci yang serasi digunakan bersama aplikasi Honda CONNECT.
 

odyssey


Ini membolehkan pemilik Odyssey menggunakan operasi jarak jauh seperti sistem pendingin hawa dan bukaan pintu gelangsar, perkhidmatan kemaskini peta automatik, serta fungsi kunci digital.

Skrin tambahan bersaiz 15.6 inci boleh dipasang pada bahagian bumbung untuk kegunaan penumpang di belakang.

Kesemua aksesori yang disebutkan itu tadi boleh didapati secara rasmi di Jepun pada musim sejuk 2023.
 

odyssey


Untuk makluman, Honda Odyssey sebenarnya telah ditamatkan pengeluaran pada Disember 2021 disebabkan oleh penutupan kilang Honda Sayama.

Versi yang ditawarkan di Jepun pada tahun ini merupakan Honda Odyssey yang diimport dari pasaran China yang menggunakan nadi hibrid e:HEV 2.0 liter dengan dua motor elektrik.

Baca: Honda Odyssey e:HEV 2023 (Jepun)

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kitaran produk Odyssey RC yang dikeluarkan sejak 2013 nampaknya terus bersambung selepas Honda…