Honda 1Million Dreams – Pemenang BR-V, HR-V dan City diumumkan

oleh SALINA JALIL|
Honda Malaysia telah mengumumkan tiga lagi pemenang bagi kempen 1Million Dreams, dan kali ini dengan rakan kerjasamanya iaitu CUCKOO, Shopee dan Watsons semalam.



Pemenang yang terpilih adalah Megawati Affendi yang memenangi Honda City selepas mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan oleh CUCKOO, Muhammed Faisal Adnan yang berjaya membawa pulang HR-V dari Shopee dan BR-V pula dimenangi oleh Mohd Aisamuddin Mohd Azilah dari hasil aktiviti yang dianjurkan oleh Watsons.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

CEO dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Madoka Chujo yang baru sahaja menerajui kepimpinan syarikat ini sejak 1 April lalu, “Bulan lalu, Honda Malaysia telah mencapai satu juta unit jualan, dan kami mahu meraikannya bersama semua rakyat Malaysia. Sebelum ini, model Edisi Istimewa 1 Million telah pun diserahkan kepada empat orang pemilik bertuah. Dan hari ini, tiga lagi pemenang iaitu dengan kerjasama rakan jenama lain diumumkan.

Untuk semua rakyat Malaysia, pelanggan Honda, rakan media dan rakan jenama, terima kasih di atas sokongan anda dan juga menjadi sebahagian daripada pencapaian ini.”

 

Honda Malaysia telah menerima lebih 155,600 penyertaan sejak kempen tersebut bermula pada Februari lalu. Menerusi kempen ini, sebanyak tujuh model menawarkan unit edisi istimewa masing-masing iaitu Jazz, City, Civic, Accord, BR-V, HR-V dan CR-V.

 

Ciri istimewa yang ditampilkan adalah semua unit yang dimenangi menggunakan warna putih berkilat (pearl white platinum) dengan kemasan hitam dan merah di beberapa bahagian sebagai perinciannya dan terdapat cetakan emboss 1Million di penyandar kepala. Setiap kemasan hitam dan merah tersebut adalah hasil kerja ketelitian mengecat yang memberikan penampilan berbeza dari model yang terdapat di bilik pameran.

 

 

Empat pemenang terdahulu telah diumumkan pada 27 Mac dahulu, artikel pemenang di sini

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Penyertaan Honda 1Million Dreams kali ini amat memberangsangkan di mana lebih daripada 155,600…