Holden keluar, Vinfast pula masuk pasaran Australia

oleh Mohamad Hanif|
Holden baharu sahaja 'pergi' meninggalkan industri automotif, dan peluang kekosongan tersebut nampaknya pantas disedari oleh sebuah pendatang baharu, Vinfast.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada CarSales AU, ratusan bekas jurutera Holden kini diburu oleh Vinfast dalam usaha untuk membangunkan sebuah pusat kejuruteraan Vinfast Engineering Australia di Melbourne. 

Selain daripada itu, Vinfast juga turut berminat untuk mendapatkan fasiliti kejuruteraan dan rekaan General Motors, termasuklah pusat ujian Lang Lang yang ditinggalkan oleh Holden. 

Timbalan ketua eksekutif Vinfast, Jim DeLuca menyebut, "kami kini sedang mencari rakan perniagaan untuk tujuan rekaan kenderaan dan juga validasi. 

"Kami juga berminat di dalam apa jua integrasi yang menjadikan operasi kami lebih efisien dan dengan kos yang lebih efektif. 

 


Tambah beliau lagi, tujuan penubuhan Vinfast Engineering Australia adalah untuk pembangunan produk pada masa akan datang. 

Ketika awal penubuhan Vinfast pada tahun 2018, pengeluar automotif dari Vietnam itu melancarkan dua buah model iaitu LUX A2.0 dan LUX SA2.0 yang masing-masing menggunakan platform dari BMW. 

Namun, model pertama yang menemui rakyat tempatan merupakan sebuah model tukar lencana Vinfast Fadil menggunakan asas daripada Opel Karl. 

Vinfast optimis untuk menguasai pasaran dunia dengan pengumuman daripada pengasasnya, Pham Nhat Vuong yang mahu menawan pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu bermula tahun hadapan.

Sumber: CarSales AU 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kilang pemasangan kereta Holden di suburban Elizabeth, Adelaide yang telah ditutup sejak tahun 2017…
Berita Global
Menurut laporan terbaharu dari CarsGuide, ia merupakan susulan daripada penutupan operasi VinFast…
Berita Global
Namun jenama Holden akan terus kekal diingati kerana menghasilkan model ute yang berkuasa, dan…