HOG, Hard Rock Cafe adakan konvoi amal untuk anak yatim

oleh Hamimah Hamid|
THE Harley Davidson Owners (HOG) Kuala Lumpur (Route 77) dengan kerjasama Hard Rock Cafe Ipoh telah mengadakan konvoi dengan anak-anak yatim dari Ipoh.

Program bersama tiga pusat kebajikan itu turut melibatkan
Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) dan Sam Custom Ipoh Riders.

Penolong Pengurus Besar Hard Rock Cafe Ipoh, Mohd Najip Abdullah berkata, konvoi amal, 'Rev Your Engines For a Cause itu menyantuni tiga rumah anak yatim iaitu Pusat Jagaan Praise Boys, Pusat Jagaan Praise Girls dan Pusat Jagaan 1Malaysia.

Hog & peserta charity

Katanya, program yang diadakan pada 17 Jun itu dimulakan dengan 35 penunggang Harley Davidson berkumpul untuk sarapan pagi sebelum meredah jalanraya di Ipoh ke pusat membeli belah bersama anak-anak yatim terlibat.

 

"Seramai 44 kanak-kanak dari rumah anak yatim berusia 3 hingga 18 tahun digandingkan dengan seorang menunggang.

Bergambar kenangan dihadapan hard rock ipoh

"Mereka berkongsi masa dan mendapat pengalaman membeli-belah di kedai buku bersama-sama," katanya.

 

Selepas sesi membeli-belah, konvoi kemudian ke Hard Rock Cafe Ipoh bersama kanak-kanak terbabit menikmati jamuan istimewa.

 

Menurut Mohd Najip, Pengalaman itu mengharukan dan tidak dapat dilupakan, meninggalkan kesan mendalam kepada kanak-kanak dan penunggang.

 

"Peogram amal ini berjaya mencapai matlamatnya, dengan semua pihak berikrar untuk menganjurkan lebih banyak acara untuk menyokong komuniti setempat. 

 

"Pasukan kami berbangga kerana acara ini moto Hard Rock 'Semua adalah Satu dan 'Luangkan Masa untuk Berbuat Baik dapat ditonjolkan," katanya.

 

Hog bersama peserta charity