Hobi: Bina sebuah Toyota Celica pada harga serendah RM82 seminggu

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai panduan awal, sila asingkan siap-siap wang berjumlah $20 (atau RM82 mengikut kadar pertukaran matawang asing) dalam masa seminggu memandangkan anda mungkin akan memerlukannya untuk membeli barang yang kami akan paparkan sebentar lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terima kasih kepada Japanese Nostalgic Car, sebuah syarikat pembina kit model Hachette kini menjual model miniatur sebuah Toyota Celica Liftback 2000GT berskala 1 nisbah 8 (1:8) . 

Dengan dimensi sepanjang 52.7 cm, Toyota Celica Liftback 2000GT ini merupakan antara model dengan kemasan yang paling terperinci pernah dihasilkan. 
 


Ia mempunyai badan yang diperbuat daripada logam dengan sistem lampu dan stereng yang berfungsi sepenuhnya, malah model ini turut didatangkan dengan bunyi enjin sebenar sekiranya anda menekan pedal minyak kereta ini!

Anda mungkin akan mengambil masa kira-kira 2 tahun 1 minggu untuk menyiapkan kit ini memandangkan pihak Hachette hanya akan menjual beberapa komponen terurai berlainan di dalam pakej selama 110 minggu dengan kos sekitar $20 sepakej. 
 


Jika anda rajin membuat kira-kira, jumlah keseluruhan untuk sebuah model kit Celica yang sudah siap akan memakan belanja sekitar RM9,020 tidak termasuk kos bahan api sekiranya anda mendapatkannya di kedai buku. 

Volum pertama pakej kit model ini sudah mula dijual pada 9 Januari menerusi langganan mingguan ataupun menerusi kedai buku di seluruh Jepun (maaf ya, setakat ini Malaysia tidak termasuk di dalam senarai). 
 


RM9,020 untuk sebuah model berskala yang sangat terperinci, satu pelaburan yang sangat baik bukan? Apatah lagi untuk mereka yang gemar mengumpul item yang mampu mengusik kenangan lalu.