Koleksi baharu ini dilihat lebih menarik perhatian peminat kereta Honda, berbanding siri terdahulu yang banyak menampilkan identiti motosikal Honda.
Rekaan Berinspirasikan Dunia Sukan Permotoran
Antara item yang diperkenalkan termasuk T-shirt, baju polo dan topi, dengan sentuhan grafik motorsport seperti corak bendera petak hitam putih, nombor perlumbaan, serta elemen gaya retro.

Salah satu rekaan paling menonjol ialah T-shirt merah dengan tulisan “HONDA” di belakang bersama nombor “99” dan skrip “Racing”, menyerlahkan imej sporty yang sinonim dengan jenama itu.

Turut Menampilkan Honda NSX
Menariknya, koleksi kali ini turut memaparkan model ikonik Honda NSX generasi kedua, menjadikannya satu-satunya model kereta yang diketengahkan dalam siri berkenaan.
Ia memberi gambaran bahawa H&M kini mula memberi perhatian kepada legasi automotif Honda, bukan sekadar barisan motosikalnya sahaja.

Warna Ikonik Honda Jadi Pilihan
Keseluruhan koleksi menggunakan gabungan warna merah, putih dan hitam, iaitu kombinasi warna yang cukup sinonim dengan Honda dalam arena sukan permotoran global.
Baju polo pula tampil lebih ringkas dengan logo Honda di bahagian depan, bersama sulaman kemasan tambahan pada kolar.


Belum Disahkan Untuk Pasaran Malaysia
Setakat ini, H&M masih belum mengumumkan sama ada koleksi baharu Honda ini akan dijual di Malaysia.
Di pasaran Jepun koleksi Honda ini ditawarkan pada harga antara RM 66 hingga RM 205.
Jika dibawa masuk ke Malaysia, koleksi ini dijangka mendapat sambutan daripada peminat Honda, peminat JDM dan penggemar fesyen streetwear bertema automotif.
