HLYM umum tiga warna baharu untuk skuter Yamaha Ego Avantiz 2023, dari RM5,998

oleh Mohamad Hanif|
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan kemaskini terhadap skuter 125 cc Yamaha Ego Avantiz untuk model tahun 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Yamaha Ego Avantiz 2023 kini boleh didapati dengan tiga warna yang bergaya, iaitu Kelabu, Cyan dan juga Merah.
 

Ego


Dari segi spesifikasi, Ego Avantiz masih lagi mengekalkan enjin silinder tunggal bersesaran 125 cc (patuh Euro 4) dengan janaan kuasa 9.4 hp @ 8,000 rpm dan daya kilas 9.6 Nm @ 5,500 rpm.

Sistem suspensi hadapan adalah jenis teleskopik manakala bahagian belakang pula disokong dengan lengan buai dan penyerap hentak tunggal.

Yamaha Ego Avantiz menggunakan sistem brek cakera di depan sementara roda belakang menampilkan sistem brek jenis gelendong.
 

YEgo


Skuter ini mempunyai berat sekitar 97 kg, dengan ketinggian pelana 773 mm sementara kapasiti tangki bahan api adalah sebesar 4.2 liter.

Ia boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula 22 Disember 2022 dengan harga jualan bermula dari RM5,998.00 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula hari ini, para pelanggan boleh mula mendapatkan dua warna baharu untuk versi standard iaitu…
Berita Domestik
Inisiatif tahun ini dikenali sebagai "Fiesta Ride Smart, Ride Selamat" dengan objektif untuk…
Pelancaran Motosikal
Yamaha Y16ZR 2024 kini membawakan ciri keselamatan brek anti-kunci (ABS) saluran tunggal, diikuti…